Dan masa berhenti solat kat masjid UTP pun ada baby girl asik meluru ke arah saya. Puas kakak dia tarik ke tempat lain dia tetap nak meluru ke arah saya. Dengan seluar terlondeh dan kaki kecik yang baru pandai bertatih nampak sungguh comel...hehhe....sengih sendiri teringat bestnya kalau betul baby girl. Makcik saya yang baru bersalin dalam cuti dapat baby girl, selepas 3 orang hero.
Sebenarnya girl ke boy ke, saya masih tak dapat beza keseronokan atau keterujaannya. Kata2 saya di atas cuma kata2 kosong. Kerana pada saya sekarang, Akif Hafiy dan Ezzam itu manja, membahagiakan, dan kadangkala memeningkan. Kalau orang kata anak lelaki lasak perempuan baik, tak juga..bila saya compare, mereka ini lagi kurang lasak berbanding perempuan. Cuma mungkin anak perempuan lebih independent, lelaki lebih manja.
Pening kepala lagi. Zzzzz...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan