Jumaat, 3 Februari 2012

Sham Kamikaze

Assalamualaikum. Salam Jumaat.

Semalam balik dari latihan sukan permainan di sekolah saya dengar IKIM, Sham Kamikaze ke udara.

Lain benar suara dia sekarang. Benarkan suara orang beriman ni lebih lembut, sekata dan yang mendengarnya jadi tenang. Sebutan2 perkataan pun bunyi lain sebab selalu sebut perkataan dalam bahasa Arab. Alunan suara beliau menusuk ke kalbu saya. Bukanlah saya jatuh cinta mendengar suara beliau, tetapi kata2 dan nasihat dan pengalaman yang beliau kongsikan itu yang menyentuh hati saya.

Dah sampai ke rumah pun saya tetap duduk dalam kereta sebab rasa sayang untuk tinggalkan perkongsian beliau.

Subhanallah. Benarlah Allah memberikan petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Bila mendengar kata2 beliau semalam saya rasa bersyukur kerana beliau diberi hidayah oleh Allah untuk berubah, tetapi pada masa yang sama juga sedih dengan diri saya yang jahil. Umur lebih kurang sama dengan beliau, dan mungkin sedar tentang dosa pahala lebih dahulu dari beliau tetapi pelaksanaannya..... ya Allah. Malu sungguh. Saya masih lagi seperti dulu, dari segi keimanan. Graf mendatar saja.

Saya rasa sungguh kesal kerana tidak pandai mengulas balik apa yang saya dengar semalam untuk ditulis di sini. Andailah saya pandai menulis kembali apa yang saya dengar , mungkin saya boleh kongsi sedikit dengan pembaca2 yang 'terdatang' ke blog ini. Mungkin belum masanya diberi idea oleh Allah.

-sekadar berkongsi sedikit (guna ayat sendiri), mungkin boleh jadi panduan,

1) *Barangsiapa yang menyeru ke arah kebaikan (baru menyeru, bukan melakukan), nescaya akan diberi pahala sama seperti orang yang mengerjakan pahala tersebut, tanpa dikurangi sedikitpun.*

Hal ini sama seperti kita menyeru ke arah kejahatan.

Jadi, jika ada kawan2 post hal2 agama di facebook atau sebagainya, dengan tujuan kebaikan, janganlah kita mempersoalkan diri dia pula (seperti mengatakan dirinya juga tidak berapa betul , jadi janganlah bercakap hal2 agama). Sesungguhnya kita ini manusia yang selalu alpa, kena saling ingat mengingati. Alangkah beruntungnya kita dengan mengingatkan sesuatu yang baik, dan ada orang yang terpanggil berbuat baik dengan sebab kita yang mengingatkan dia.


2) Tidak boleh mengadu kepada manusia menceritakan masalah itu masalah ini kepada manusia, apatah lagi menceritakan difacebook. Satu ayat letak status, boleh membawa kepada berpuluh-puluh komen yang mengandungi fitnah, mengumpat dan sebagainya.

Sedangkan tempat kita meminta pertolongan yang sebenar2nya cuma pada Allah swt.
Alangkah ruginya kita jika kita meminta tolong kepada manusia yang sudah pasti tidak mempunyai apa2 kuasa untuk menolong kita. Alangkah lebih baik dan lebih senang jika kita ada masalah, dirikan solat sunat 2 rakaat dan minta pertolongannya.

sekadar ingat mengingati.

2 ulasan: