Jumaat, 24 Februari 2012

Masyarakat yang sakit

Buku manual guru saya hilang.
Esoknya saya nampak pelajar kelas hujung siap jawab soalan yang saya belum ajar, dalam Bahasa Inggeris, science term.

"Observation : Brick red precipitate was formed."-dalam buku miliknya.

Tanya dia mana dia tau jawapan tu, saya belum ajar.

"Mak saya ajar saya semalam."

"Mak kerja apa"

"Kilang"

Aduh..geramnya. Kalau  mak dia cikgu Fizik pun belum tentu boleh jawab soalan tu. Ni kan pula kerja kilang. Bukan menghina. Rasa geram nak sekeh2 kepala budak kecik tu. Memang sah dia ambil  buku saya. Sebab buku tu takde lepas kelas dia.

Mesti ambil buku semasa saya sibuk keluar masuk keluar masuk dari bilik persediaan makmal sebab cari bahan yang belum disediakan pembantu makmal.

Silap saya letak budak2 kecik dan pendek di meja guru, dengan harapan dapat memberi ruang kepada pelajar duduk di tempat seberapa depan supaya dapat dengar dan lihat dengan jelas pada papan putih. (Makmal luas).

Makin menjadi2  budak2 sekarang, menipu guru, mengambil bukan haknya (mencuri tanpa rasa bersalah) , menuntut buku yang belum dibayar tapi claim bayar. Curi barang eksperimen dan tak mengaku. Taun lepas tak pernah hilang barang masa eksperimen.

Masyrakat makin sakit. Semua ni bukan salah murid sahaja.

Salah ibu bapa yang tak jaga agama sedari mengandung, dan semasa membesarkan anak.
Salah guru kerana tidak menyayangi murid dan tidak menganggap murid seperti anak sendiri dan salah murid sendiri kerana tidak peduli pasal agama langsung, tidak solat dsb.

Ibu bapa berperanan dari janin lagi.
Guru mesti dari sekolah rendah lagi.

Kalau dah akil baligh macam dorang ni susah  sikit nak dibentuk.

Moral : Pelihara agama.

-pening bila dengar ramai2 janda2 tempat tinggal saya dulu-Selayang , ada anak kecik, tapi tinggal dengan boyfriend macam suami isteri , atau lelaki bebas keluar masuk rumah. Kesian dengan anaknya yang masih kecil. Janda2 tu dari golongan pendidikan rendah hingga ke berpendidikan tinggi. Bayangkan macamana perangai anak2 ni 10 tahun lagi.-

3 ulasan:

  1. nnengung jugok baco entry ni.. meme biaso dengar crito gini, tapi guano nk selesai masalah? klu x diubati makin rosok masyarakat kito, sedangkan anok2 kito (ceeeyy mace ado anok hk kkecek ni)ake mewarisi dunia dan masyarakat yang rosok nih dan kito xser anok2 kito ikut hanyut.. hmmmm nnengung sekali lagi

    BalasPadam
  2. satu jalan saja-kembali kepada Allah.
    Jalan hidup mesti ikut cara Islam.
    Seluruh isi keluarga mesti amalkan cara hidup Islam, barulah anak2 akan terjamin perangai moleknya, dan ini lah yang membentuk masyarakat. Kalaulah semua keluarga sedar tentang ini, dan semua ibu dan bapa sedar tentang ini pasti masalah ini takkan berlaku.
    Ni kena bincang satu entry nih. Sama2 kita belajar dan sedar.Saya pun sedang belajar.

    BalasPadam
  3. InsyaAllah awok pun akan ada anak sendiri nanti. Semntara ni anggaplah anak sedara tu anak kita jugok...anak jiran pun macam anak kita jugok..sebab dorang ni lah masa depan kita...kalu dorang ni baik,,, kita pun senang hati..(eceh..macam pandai...) saya harap macam tu lah masyarakat masa depan,,makin baik,,bukan makin teruk..(mual baca budak2 belasan bunuh anak hasil zina mereka tanpa belas kasihan)

    BalasPadam