Khamis, 3 November 2011

Semangat!Semangat!

Ok, kita tidak boleh menulis perkara yang negatif, nanti kita akan jadi negatif.
Masa saya pergi ceramah tempoh hari, Prof Dr Muhaya ada mengingatkan, apa yang kita nak kita cuma perlu tulis dalam buku, macam diari gitu, dan yakin pada Allah. Dia selalu buat macam tu dan benda itu terjadi, tepat dengan masanya sekali. Dan dia selalu menasihatkan orang lain, supaya menulis apa yang diinginkan, dan ternyata, orang tersebut dapat apa yang diinginkan.

Contoh :
Beliau ke Bangkok (ke Hong Kong?) ada rusuhan dekat airport, tapi beliau dengan senang dapat keluar dari situ dan rilek2 dekat hotel. Orang lain punya kelam kabut. Dan lepas tu diberitakan bahawa semua flight tunda sampai ke tarikh yang tak tau bila. Tapi, beliau dah siap2 tulis dalam diari,-aku akan berlepas hari "        "  pada jam "   ". Beliau yakin, senang hati pergi shopping banyak2. Dengan kuasa Allah, semuanya dimudahkan, beliau dapat balik pada hari dan masa yang beliau catitkan pada buku tersebut, dengan segala barang yang overloaded.

Dan beberapa perkara lagi yang beliau tulis dan dapat dilaksanakan dengan jayanya, tepat pada waktu yang sama macam yang tercatit pada buku.

Itu beliau, seorang yang setiap tingkahlakunya dilakukan kerana Allah., mulut tak putus2 menyebut Allah, setiap minggu diadakah usrah dirumahnya. Memang la Allah sayangkan dia dan menunaikan permintaannya.

Saya, manusia biasa yang cetek iman, tapi Allah masih sayang. Siapa yang tak nak jadi macam tu, tulis saja apa yang diimpikan, tutup buku, yakin, tup tup dapat.

Tapi Insya Allah, sedikit demi sedikit saya akan berubah kepada yang lebih baik, untuk mendapat kasih sayangNya.

Mulai hari ini, tulis yang positif sahaja.

*Ini adalah hasil daripada menghadiri majlis ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan