Semua seronok nak pegi mandi manda di Jangguk.
Semalam pujuk dia jalan2 taknak.
Hari ni pujuk dia phi ai tejun nak. Yess!
Seperti biasa dia suka parking keta jauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh dari tempat yang nak pergi. Parking dekat2 banyak lagi yang kosong. Lenguh kaki tau tak .Hot aku.
Tempat pertama penuh budak2 dah mak bapak.
Mak cakap naik atah nun la..cantik...so naik..
Anak buah lelaki 2 orang terus terjun tiruk. Adik bujang terjun. Adik yg dah jd bapak orang terjun, tinggal anak dia kat atas ngan saya n family. Semua dok ukur kedalaman tempat tu, memang dalam sesangat.
Saya n hb cuma tengok saje. Adik perempuan , mak saya dan 2 anak buah perempuan pun tengok saja.
Pastu bapak orang tu naik atas, berkira2 nak bawak kami yg ada anak kecik, dengan anak dia ke tempat pertama tadi, leh selit2 kot celah batu2 je.
Masa tu adik bujang ajak Ezzm mai air, Ezmm taknak. Kalu ada ayah dia , dia memang suka berkepit je. Pastu adik bujang ajak anak buah perempuan 9 tahun, Sya namanya. Pegang tangan sambil undur sambil gelak2, adik bongsu tu memang suka menyakat, happy, suka main dengan budak2.
Undur punya undur dia tenggelam, sebab tetiba sungai dalam, menjunam. Sya terus tenggelam timbul tapi tak ada orang perasan.
Adik bongsu saya tak dapat nak menolong sebab dia sendiri lemas bila dia cuba tarik tangan Sya .
Adik perempuan perasan Sya tengah lemas terus jerit suruh yang lain tolong.
Terus anak buah lelaki yang gedempol terjun dan menolak adik dia, tapi dia pun turut tenggelam timbul. Lama jugak dorang dok tenggelam timbul , nampak macam main2 je. Masa tu adik yang bapak orang tu yang tengah ralit membogelkan anak dia terus terjun selamatkan dua2 anak buah yg tengah lemas tu.
Ngeri sungguh. Kalau dia takde, tak tau apa jadi kat 2 orang tu, tapi masih ada harapan sebab mak saya pandai berenang.. terer tak terer dia, yang muda2 ni boleh tolong tengok je sebab tak reti berenang.
alhamdulillah selamat diorang...lain kali hati2 sket.. ;)
BalasPadamtq puteraduyong.yer, insyaAllah, nasib baik bukan geruh. Kalu tak, kegembiraan bertukar duka.tq singgah
BalasPadam