Rabu, 14 September 2011

Atik ayang ibu

13 Mei 2011 umur Hafiy genap 3 tahun.
Dia tak pernah sayang saya atau ayahnya.

Dari  tak pandai bercakap, bila ditanya , Hafy sayang ibu tak? geleng.
Sayang ayah tak? Pun geleng, sambil cebik, muka sedih.
Memang tak sayang sungguh la tu, nampak dari riak wajah dia.

Saya heran , dia dapat ekspresi , dan jawab dengan tepat perasaan dia tu walaupun dia masih kecil.
Kenapa dia tak ikut saja kata2 abang dia, bila saya tanya,
"Sayang ibu tak?"
"Ye..abang saaaayang dekat ibu",  Senyum.

Kerap juga saya tanya soalan yang sama, dengan harapan jawapan dia akan berlainan, dengan harapan, jawapan dia yang mengatakan dia tak sayang saya tu, untuk hari itu sahaja, mungkin saya ada marah dia hari tu kot, tetapi jawapan nya tetap sama.
"Atik tak ayang ebu..."
"Ayah?"
"Tak ayang.."

Tetapi, pada hari yang saya rasa saya baikkk...tak tinggikan suara langsung, terhegeh2 bawa mereka ke sana ke mari berjalan2, kadang tanya,
"Adik sayang ibu tak?"
"Tak...atik tak ayang ebu..." muka mesti tunduk tetap dengan mainannya, cebik, sedih.

Lepas besar sedikit, dia tambah lagi kat hujung.
"Atik tak ayang ibu, tak ayang ayoh, Atik NAK AYANG MOK....", tiap kali tanya, tu la jawapan dia.

Beberapa bulan lepas baru saya terfikir, kenapa dia tak sayang saya. Saya kaji balik sikap kami laki bini terhadap dia.

Ayah banyak bagi tumpuan kepada Abang. Abang manja dengan ayah, tak segan silu, selalu dia la yang duduk di riba ayah. Sikap manja dia selalu menawan hati ayah. Kalau Abang buat hal, ayah selalu berlembut dengannya. Dia pandai buat ayah sejuk hati.
" Abang balik kampung nanti"
"Abang taknak balik kampung!" uwaaa!!-tu yang ayah suka dengar
Sikap lain, Abang senang dipujuk, bila ditegur,..terus  jawab
"Ye! Abang takkan buat lagi"

Kalau Abang di riba ayah, Hafy cuma berlegar2 sekeliling ayah, segan..takut.
Kalau ayah tegur dia, dia tersipu2 malu. Kadang tak malu jugak, bila ayah baring dia naik atas belakang ayah, mungkin dia taknak berdepan. Dan kalau Hafy buat hal,
"Pi! Sapa nak kena ikat kaki?"
Dia tidak manja. Suka berdikari, tetapi makin besar makin mengada2.

"Jangan la sisihkan Hafy"
"Mana ada. Orang selalu layan dia macam yang lain." (Tapi kadang2 hb lagi baik dari saya, bila Hafy menangis dan minta dukung, saya tak layan, hb yang suruh layan. Entah kenapa saya nampak Hafy macam budak besar, tak nampak sebagai masih kecil, berlainan dengan Akf, dia selalu nampak kecil di mata saya)

"Pi! Tu kan abang punya"-ayah
..Le..takat amik nasi impit yang dah dipotong untuk Ezzm tu apa salahnya dia ambil sedikit.
Mampuih aku kalau ayah dia baca ni.

Saya rasa saya layan dia macam yang lain, tapi sebenarnya tak. Saya menguruskan dia sekadar sebab tanggungjawab. Jarang saya pamerkan kasih untuk dia. Kenapa? Saya sendiri tidak sedar. Hb kata saya layan Hafy macam anak tiri. Maafkan ibu sayang.

Kalau saya peluk dia, dia tendang2 perut saya sambil gelak. Rasa sakit.
Masa umur dia setahun setengah dia suka tumbuk2 belakang ayah dia, tu pun ayah dia kata sakit. Bisa sungguh tinju dia.
Kalau dia main2 kat keliling saya saya, dia putar2 rambut saya, tarik2 belakang, entah kenapa rasa sakit. Saya jadi hot.
Kalau nak bukak baju dia bergantung kat baju. Katanya nak buat hant. Lawak pulak.

Banyak lagi benda yang buat saya hot, tapi mungkin dia hanya nak perhatian saya, tapi saya tak sempat. Nak pakaikan baju dia cepat2 atau pampers dia cepat2, sebab takut Akf jatuh dalam bilik mandi, contoh. Atau sebab masa dah lewat untuk saya ke sekolah misalnya. Saya selalu buat segalanya dengan cepat untuk dia, sebab saya nak kejar benda lain. Dia jadi mangsa keadaan.

Saya jarang senyum sampai nampak gigi. Peliknya. Hari tu pakaikan seluar Ezzm, dia tengok saya sambil tersenyum..muka pelik.
"Kenapa Abang tengok ibu macam tu?"
"Ibu nampak gigi"
Ya Allah , aku tak pernah senyum lebar ke sebelum ni?

Lepas sedar kesilapan saya, selalu cuba peluk Hafy sambil cakap saya amat sayang padanya. Bila saya selesai solat, memang dia selalu terus dia meluru untuk bersalam, dan saya akan cium dia di kedua belah pipi dia sambil senyum, sambil cakap "Ibu sayang kat Hafy".
Sekarang ni, dia yang akan cium pipi saya dulu, dan cakap "Atik ayang kat ibu".

Sebenarnya, lebih kurang seminggu sebelum raya hari tu, baru saya dapat jawapan yang saya selalu tunggu,
"Atik ayang ibu..atik ayang ayah..atik ayang bibi, atik ayang abang. Ha! Ye!"
Boleh dikatakan setiap hari, tanpa saya tanya. Hati saya berbunga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan