Khamis, 27 Januari 2011

Senyum sikit

Aku rasa orang lelaki Kelantan ni ade kelebihan. Berlawak yang aku takleh tak gelak. Kebanyakannya macam tu. Kalu berkumpul adik beradik aku yang 3 lelaki 3 perempuan, kami yang perempuan  keje dok gelak je sebab lawak adik2 lelaki aku  melampau giler. Tapi takleh nak senaraikan contoh lawak sebab
1)aku dah tak ingat (aku cuma ingat aku sakit tali perut sebab gelak giler tak ingat dunia walau dah anak 3, tak sedar diri betul mak orang ni..kontrol la sikit kalau yer pun..kau tu dah tua!)
2)sebab hanya orang Kelantan saja paham lawak2 ni. Kalau cakap kat orang luar dorang mungkin tak paham atau rasa benda tu tak lawak.

Tadi, balik dari klinik sebab aku MC ari ni, dok demam mual dan sakit perut berhari2, rasa nak tukar selera walau doktor suruh jangan makan kat luar, aku degil jugak. Tengah aku muka seposen dan rambang bijik mata menyenduk segala macam lauk kedai selera Kelantan itu, aku dengar dialog antara pelayan kedai ngan anak muda,
   " nak air gapo..?"pelayan
   " nak air....... i love u" anak muda
Terus aku kontrol nak senyum sengih sepanjang menyenduk lauk..mesti orang syak aku senget.
Lawak tu macam pernah aku dengar tapi dah lupa. Bila dengar balik rasa kelakar la pulak...dah lama tak campur dunia luar aku ni...sampai lawak pun tak ingat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan