Rabu, 12 Januari 2011

Rendang ayam ngan pulut kuning

Orang tulis resipi kau pun sibuk tulis resipi jugak..
Ni utk rujukan aku je yer...gambar2 takdak yer , tak perlu nak buktikan apa2.
Ahad aku kering idea lagi nak masak sebab 5 isi rumah, 5 selera berlainan,
Nak taknak, aku google lagi resipi nasi ayam paling sedap sebab kalu buat tak pernah nak sedap kecuali dari blog syerah omar .
Hubby menjeling, hahah...'cuba wat benda lain pulak'kata dia. Aku tak berapa lalu benda lain sebenarnya, nak supppp je.
Dia nak pulut kuning. Dengan gigihnya gi beli pengukus...owh...kami hanya guna pengukus tradisional saja. Suka gila aku tengok pengukus, (imejin masak macam2, siakap kukus ke..)hahaha...kawin 8 tahun pengukus pun takde dalam rumah, punyalah menunjukkan aku ni selalu masak pelbagai. Insap aku tengok pengukus tradisi tu, kawan2 sume pengukus rega 2k. Hb selalu ingatkan kuarga kami ni cuma golongan marhein je.... Kalu dia takde nak joli katak aje, beli pewangi dan mekap macam2 tapi tak guna pun. Perabihkan pitih je. Tapi aku masih heran tengok kawan2 yang lain rumahnya ..gulp...padahal gaji lebih kurang sama je..mana dorang dapat duit ye renovate rumah bagai.....berkat beno gaji depo yer, leh simpan banyak,,,

Ape tajuk aku tadi..?OO..kopipes resipi dulu dan ubah sikit saja, utk panduan depan hari nanti sbb yang ni memang best, bagi kami.(ayat tah apa2 sebab anak dah bangun). Ni bukan resipi asal aku ye, ..tau2 je la amik dari mana...sume orang tau aku rasa.
  • 1kg ayam- potong kecik-kecik
  • 1 peket kecik rempah kurma/ kerutup 
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambik santannya
  • garam
  • 2 kerek nisan 
  • 4 biji asam jawa, amik air
        ***BAHAN KISAR**
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1cm halia
  • 1cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering (tak bubuh)

         ***BAHAN MAYANG ***
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit

Cara-cara

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
  3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan