Isnin, 21 Mei 2012

Masa nak tido

Tiap2 malam saya pening ,
sebab

Bila masa nak tido,
semua pakat sibuk nak tido ngan ibu.

"Atik nak tido ngan ibu" Akif  , sampai ke 2, 3 4, 5, 6  kali saya terlena dek dia. Masa semayang subuh pun dia duk nangis duk ulang dialog sama. Saya yang sekadar nak menidurkan dia selalunya terlena sama dek pelukan tangan dia yang kecil itu. Tah sapa yang tidurkan sapa  tah.

"Adik atal...." Dari kecik sampai le ke besar tu la modal Hafiy. Kalau tak bergaru dia tak tido. Padahal badan dia takde satu biji gatal pun. Tunjuk dagu, tunjuk perut, tunjuk ketiak suh ibu garu. Kadang kalau penat memang saya marah juga, pastu cakap elok semula, penat wei kalu hari sekolah. Tempat yang dia leh capai dia garu sendiri. kalau belakang baru saya garu2 manja., berjam2, sampai saya tertido-tido.  Tah sapa yang garu sapa tah.

"Sapa nak peluk abang...., " Ezzam akan menangis kadang2 suh peluk.
"Takde sapa pun yang sayang kat abang" Alahai...sedih pula saya dengar. Dia paling baik. Dapat je adik
pada umur 1 tahun 9 bulan terus tido sendiri sambil pandang saya dari jauh.

Kesian dia. Tu la...saya rindukan Ezzam dan Hafiy walau mereka berada di depan mata saya kerana tak sempat terima kasih sayang sebagaimana layaknya budak seumur tu terima. Kadang saya peluk dia kalau keadaan mengizinkan, tetapi kiri kanan saya penuh dihimpit, Akif cuma akan diam kalau sebelah bada dia atas badan saya. So'oh betul rasa perut, ditambah dengan hawa panas sekarang ni, mak ai....nak gelegak rasa.

Tamat.


Khamis, 17 Mei 2012

13 Mei, Birthday Hafiy dan Hari Ibu.

Birthday Hafiy 
Cuma beli kek sebijik.
Yang dia aim adalah kek angry bird merah, kecik, harga 100.
Nasib baik dia Ezzam nampak kek ultraman, "adik, ni kek etromen, beli yang ni cantik adik"
Hafy - Iye !
Selamat duit ibu. Harga  kek cuma RM 30 saja.
Sian Hafiy, nanti ibu beli kek angry bird lain kali ye cayang.

Hari Ibu,
Cuma tokey bas sekolah dan kedai kek je ucap Hari Ibu kat aku.
Hmmpphhh....

Saya menonton Women & Child pada 13 Mei.
Lakonan Naomi Watt , Annette Bening dan Samuel L Jackson.
Sangat menyentuh hati. Saya suka movie yang tak banyak sangat dialog dan banyak bermain dengan perasaan.
Sudahnya saya menangis beberapa kali dan Ezzam asyik bertanya kenapa ibu menangis.


Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru 2012

Segan sikit,
Almaklumla sekarang ini orang yang mengutuk guru lagi ramai dari yang suka guru.

Eleh..cikgu2 ni beria sambut Hari Guru, padahal keje takde setara mana pun..atau
ala...guru zaman sekarang, keje nak gaji saja, beria sambut Hari Guru tu pekehal..

Erm..sapa yang keje taknak gaji...tok imam pun kena ada gaji sekarang, kalau tak, nak sara hidup dengan apa,
lainla kalau hidup bercawat makan daun ngan buah kat hutan ngan king kong nun. Jadi, pokoknya, kerja dengan betul supaya terima gaji yang berkat.

Semalam Ezzam cakap, "Bu..esok kena bawa bunga, hadiah kat Cikgu Mgsh, Cikgu Mla, Ckgu Su"

La,,,..penat la pulak nak keluar malam2 buta. Ingatkan dorang tengah exam so tiada sambutan. Lagipun tak biasa la pulak sediakan hadiah Hari Guru ni, jadi tak ingat nak sediakan awal.  Takpe lah ye abang Ejam, esok ibu beli. Mula2 dia takut nak pegi sekolah hari ni sebab tak bawa hadiah, tapi sebab saya pos dorang ke rumah pengasuh pagi2 buta lagi, so,,takdela banyak songeh, kena la jugak dorang pegi sekolah. Dan saya dapat bersekolah pagi hari ini untuk sambutan Hari Guru.-Hari ini sebenarnya hari cuti peristiwa, diambil khas supaya guru 2 sessi dapat sambut Hari Guru bersama2, kalau tak, PPD ni takkan bagi seharipun hari sekolah berlalu tanpa sessi belajar. Pergh..macamana tah budak2 sekarang, belajarrr saja sepanjang tahun. Ada event gajah rimau pun, belajar tetap belajar. Tu yang jadi makin pandai budak2 sekarang tu.

Semalam pelajar tanya, "Cikgu nak hadiah apa untuk hari guru?"
"Taknak apa2, cukupla awak bagi tumpuan masa cikgu mengajar dan jadi murid yang baik"
Budak tu memang baik dari segi adab, cuma dulu suka ponteng, sekarang dah ada dalam kelas selalu lepas saya lapor pada kaunseling.

Tapi hari ni, ramai la jugak yang bagi hadiah. Gi sana gi sini ada la yang menyapa dan bagi hadiah seketul. Mungkin sebab saya ajar Form, budak2 kecik lagi dan terbawa2 dengan budaya sekolah rendah. Bila dah Tingkatan 2 nanti dah malu nak bagi hadiah kat cikgu. Walaupun tak mengharap, tapi tak dinafikan hati berbunga bila terima hadiah, yang tak seberapa dari murid.  Walau tak seberapa, cukup saya hargai ingatan mereka terhadap saya..Baru sedar, mungkin ingatan itu yang lebih saya suka.

Untuk ibu bapa yang menyinggah, terima kasih untuk masa yang diluangkan cari hadiah sempena Hari Guru, dan terima kasih untuk wang yang diperuntukkan untuk beli hadiah2 itu.-Sengkek juga kalau ramai anak. Kawan saya peruntukkan 300 setiap tahun untuk hadiah hari guru anak2 nya. Banyak jugak tu.

Sabtu, 12 Mei 2012

Wajah terindah

Seingat saya, bila umur saya 7-29 tahun, saya sangat jarang jumpa mak.
Kami jumpa hanya pada cuti penggal dan semasa raya sahaja. Kadang2 raya pun tidak.
Jadi hubungan, saya tak pasti nak kata rapat atau pun tidak. Yang saya tahu, layanan mak terhadap adik bongsu saya tu lah layanan yang kami adik beradik dambakan. Kalau nak pulang ke asrama, siap packing bagai, masak bagai...Saya dulu, lantak la makan ke tidak, walau jumpa cuma sekali sekala.

Bila di universiti, macam2 yang saya lalui.
Pergi bilik kawan untuk buat assignment, dan pulang lewatttt malam seorang diri, dari asrama yang berlainan. Menakutkan, sebab macam2 yang di dengar, kes ngeri, tetapi saya redah saja. Mana ada motor, mana ada komputer sendiri, jadi terpaksa lalu semua tu.

Dan saya suka berjalan malam. Kalau nak pergi rumah pakcik di Gombak pada hujung minggu, saya akan bertolak malam, sebab orang kurang, jadi ada tempat duduk dalam bas.  Kadang2 saya sorang saja dalam bas. Tabiat jalan malam terbawa2 hingga habis universiti. Ke sana sini kebanyakannya bila malam. Takut, tapi saya tak pernah menghadapi masalah. Walau pun masa tu kes Suzaili? yang kena rape tu ada tersebar, dan ada lagi kes2 lain, tapi saya dilindungi Nya.

Tapi saya selalu kesal, awatla saya ni hidup macam ni. Kalau mak bapak orang senang takde la saya gi mai gi mai malam2 buta macam tu dan melalui kesukaran macam tu seme.

Satu tabiat mak saya ni , suka berdoa. Kalau lepas solat, berdoa hampir sejam, lepas berzikir berjam2.

Bila saya kawin dan dapat Ezzam lepas 3 tahun kawin, barulah saya rasa rapat dengan mak. Mak datang jaga saya dalam pantang dan juga jaga Ezzam membesar selepas tu.

Dalam pada tu, saya banyak bercerita dengan mak, tentang sedih saya.
Sekali lagi ...tensen jugak saya ni.. Mak ni..kalau cerita apa2 pun.."biarlah...biarlah...Allah nak macam tu.."

Dia terlalu berserah pada Allah.
Hinggakan kalau saya tanya "kenapa Pak Mat tu meninggal?Sakit apa?"
"Hish...budak ni..dah sampai masa, Allah kata meninggal, meninggal lah dia."
Tensen tak.

Selepas mak balik, saya rasa kehidupan saya berubah sedikit.
Hafiy lahir, mak jaga lagi. Walaupun sekejap, saya sempat juga meluahkan stress saya pada mak. Mak tak respon pun , tapi dia makin banyak berdoa.

Hari demi hari, saya dapati kehidupan saya makin baik dari hari ke sehari, boleh rasa perubahan itu. Bukanlah bermaksud kaya atau apa, tapi benda yang buat saya tertekan dulu, hari demi hari semakin baik.
Sekarang baru saya sedar kenapa dulu2 , keluar malam beratus kali pun saya tetap selamat. Bayangkan ke Port Kelang ke rumah kakak, pukul 11 malam masih lagi seorang diri dalam bas.

Semua kerana doa mak.
Sekarang saya bersyukur, walaupun mak tidak kaya harta,tapi hatinya kaya.
Tanpa doanya, mungkin hidup saya tidak macam ni.
Terima kasih mak. Sayang mak.

Rabu, 9 Mei 2012

Lagu kenangan





 Sedap kan lagu ni? Tiap2 pagi kalau hb ada saya dikejutkan dengan bunyi lagu ni sbb ni alarm phone dia.

 Jiwang karat dia tu. Orang pasang la zikir pagi ke ape ke, ada jugak pekdah.

 Jadi tiap pagi jugak saya jiwang mengimbau kenangan tahun 1993. Umur baru 16 thn tapi gi kerja kilang di Gua Musang dengan harapan dapat la cari duit lebih. Tapi kerja tak sampai sebulan saya demam teruk berpanjangan. Saya masih ingat dr tu tanya , "umur 16 tahun kerja?" Tak pernah jumpa ke apa orang kerja awal umur macam ni.

 Walaupun demam teruk , ni antara kenangan manis saya.
 Berada di samping kakak kesayangan, dilayan manja oleh dia kerana kami jarang bersama. Sebab semua membesar berterabur, tambah saya , dari umur 13 dah masuk asrama.
Tiap hari dengar lagu Rahmat ni empatbelas ribu kali.
Sampai sekarang pun kalau dengar lagu ni, dia mesti tanya "adik ingat lagu ni,?"
Ingatttt..mana boleh lupa.

Memori yang tidak boleh dilupakan.
Masa tu juga saya rasa beza layanan orang keliling terhadap orang yang mereka rasa good looking. Saya bukanlah masuk kategori cantik, sedap dipandang pun tidak, sebab kalau pegi kota bharu tu takde sapa pandang pun. Tapi bila kerja di tempat hulu itu, tiap kali lalu ke mana pun mesti ada orang dok memanggil keliling kelalang,dengan tujuan menarik perhatian. Pekerja perempuan pun asyik dok interview. Rasa macam artis pun ada. Dorang2 tu agak hensem jugak..kalau laki aku baca mesti kena pelangkung. Bila sakit berdesup orang tolong, termasuk la pekerja2 perempuan. Dunia macam tak adil kan.

 -Geram bila baca dialog lelaki, "aku kalau dapat bini cantik macam ni, tak keluar rumah la.."
Oit..! Bini cantik baru nak berkepit dan nak layan macam sebetulnya bini ke. Orang tak cantik pun ada hak dia yang patut kamu tunaikan.Kamu pun bukan hensem mana pun..."

 ditujukan untuk semua lelaki di seluruh dunia. 

Rabu, 2 Mei 2012

Sedih

Hari ini pergi bayar yuran tadika 3 beradik itu. Jumlahnya RM1150, sebab semester baru ada buku kerja baru, selalunya 712.

Intai Ezzam dari pintu kelas yang terbuka, dia bercakap dengan kawannya, sebab kawannya tanya sesuatu.

Tetiba dengar suara cikgu marah, kuatnya ....(terdengar nama Ezzam, hati menafikan, tak sanggup dengar anak saya kena marah macam tu). (Saya rasa sebab tak siap homework. Tetapi Ezzam ada buat homework dengan ayahnya semalam)

Lepas ambil resit saya intai kelasnya sekali lagi. Nampak muka dia macam nak menangis, masam,
kawan kat sebelah cuit2 pun dia buat tak respon.

Saya tanya pengetua ," Anak saya ke yang kena marah tu?" soalan tak bertapis tapi saya rasa tak sabar nak tahu betul ke dia kena marah, dan begitu hebat sekali kena marah.

Jawab pengetua " Bukan, selalu yang kena marah tak buat homework, dan dipanggil ke depan".

Tak tahu apa motif saya menulis, bukan menuding jari mengatakan cara cikgu dia salah.
Tapi hati saya sedih dengan cara kanak2 ini melalui hari2 awal persekolahannya dengan cara kena marah dengan kuat bila tak siap homework. Homework mereka sangatlah banyak dan ada   setiap hari. Kadang-kadang  4 buah buku, setiap buku ada 4 muka surat perlu dibuat, jadi jumlahnya perlu ditulis adalah belas. Selalunya Ezzam bawa balik 3 buah buku, pukul rata homework dia adalah 10 mukasurat setiap hari.

Saya pandu kereta pulang dengan slow sambil berfikir. Salah siapa semua ni, semua nak marah2 nak tengking. Bila mereka besar jadi anak murid saya, mereka juga perlu dimarah untuk buat homework sebab dan biasa kena marah, walaupun untuk buat satu mukasurat saja.

Saya ada membaca beberapa buah blog yang ada pengalaman membesarkan anak kecil di negara orang, anak2 mereka tak pernah dilihat menulis langsung, tetapi dapat campur tolak nombor dengan baik, padahal baru berumur 4 tahun. Dan guru2 sambut pelajar dengan pelukan. Memang logik kalau mak bapak yang ada anak kecil yang pernah hidup luar negara fobia nak balik semula ke Malaysia sebab risaukan sistem pendidikan negara ini.  Rakan saya menceritakan, kalau anak dia hendak solat, guru tolong jaga sepanjang mereka bersolat, walhal guru tu bukan Islam pun. Persoalan berlainan kaum dan agama tidak timbul, tetapi masalah kita sekarang adalah sikap dan pemikiran. Bila negara kita nak jadi macam negara mereka juga? Macam mana agaknya nak ubah pemikiran seluruh rakyat. Persoalan yang saya tidak dapat dijawab.

Selasa, 1 Mei 2012

Kenapa cikgu cop monyet kat buku abang

"Ayah...kenapa cikgu cop monyet kat buku abang"
Ayah   : Sebab tulisan Epot macam monyet 
Ibu     :  Janganla cakap  macam tu!
Ayah   : ( Sengih muka tak bersalah. Ulang lagi "Tulisan macam monyet")
Ezzam : (Turut sengih)

Tulisan lepas dikutuk. Boleh tahan..


Isnin, 30 April 2012

Apa benda hitam itu?

Pukul 12 malam
Ezzam yang tengah syok melayan game sponge bob tetiba baring dan menyembunyikan muka sedikit balik bantal sambil jeling pintu.

Ezzam : Ibu, apa tu..hitam tu...kat pintu tu?

Ibu : Mana ? (tak nampak sebarang warna hitam)

Ezzam : Tu....tepi pintu, tuu.....................

Akif dah pergi belakang menyorok.

Ibu : ( gelabah katak, cepat2 pasang Yasin kat laptop. -Seminggu lepas dia malu2 segan2 takut2 cakap  " ade benda la bu."...sambil tunjuk malu2 sengih2 kat atas syiling penjuru, tapi dah hilang sebaik azan asar)

Yasin berkumandang.

Ibu  : Mana benda hitam tu, ada lagi tak? 

Ezzam : Tu ada lagi.....kecik tu..

Bila tengok betul2, cet..baru la perasan...lipas duk melekat, tapi warna perang. Camne dia boleh tak kenal warna lipas ni. Kalau bagitau brown ke, apa ke selain hitam mesti mak dia dapat cover kegelabahan tadi.

Bila dah besar mesti dia tahu kenapa saya pasang Yasin cepat2 tu. pre-malu.

Ni la budak2 membesar kat bandar, nampak lipas pun lari lintang pukang.

Kalau anak sedara saya, katak pun dipegangnya tanpa ragu2.

Ahad, 29 April 2012

Bulan jatuh

Adakah itu satu tajuk yang melampau? Harap2 tak ada yang meluat.

Bukan bulan jatuh ke riba, tetapi maksudnya April yang tidak mengembirakan.

Saya rasa begitu sebab semua yang terjadi pada bulan ini adalah semua tidak best,
kecuali birthday hubby yang mana dia beli sendiri kek spongebobnya. Kesian hubby, birthday dia,
dia beli kek, birthday saya, dia beli kek, anniversary pun, dia beli kek. Tanpa gagal, sejak 9 tahun.
Kesian dia dapat wife macam saya. Sebenarnya buat kek sendiri pun buang duit
saja, bukan saya ada masa nak masuk dapur selalu buat 2, 3 kek. (bukannya beli barang terus habis pakai kan,?mesti nak kena pakai 2, 3 kali.  Hubby cukup marah kalau membazir. Cover balik. Ok, ni selingan.

Birthday cake Ayah 36 tahun, khas untuk anak2nya.


Saya bukak dan tutup ruang post entry berkali2. Ni tanda bulan turun. Tah kenapa semua serba
tak kena.

Nak cakap pasal apa, moral yang down ke.

Baru saja saya menulis tentang hati saya yang bengkak
kerana profesion saya dikutuk2 -ok..masih boleh bertenang. Iyerla kan..ramai jugak orang yang
komplen tentang profesion doktor. Tetapi dr sorang ni tetap selamba saja, menulis hal tugas dia
saja. Bagus, profesional.

Tetiba terbaca status friend di FB-friend di Fb saja, bukan kawan.

"untuk kawan2 yang bekerja sebagai guru, aku cukup meluat baca status korang  yang mengatakan korang la paling banyak kerja....bla bla..." ayat seterusnya dah tak ingat, malas pula kopipes, kerja print screen status FB  orang dan letak dalam blog memang saya tak suka.

OoO,,,rasa terhina sungguh dengan ayatnya itu. Saya pun tidak berapa setuju jika guru2 pakat2 dok share tulis tugas guru panjang berjela di Fb, yang menengoknya kawan2 yang memang diketahui cukup anti sangat dengan guru sekarang ini, lainla kalau share untuk tatapan kawan2 guru saja, boleh gitu?

Dan komen untuk status,

Ni lah kerja paling susah di Malaysia ni, kalah tukang cuci tingkap klcc, posmen,bomba, tukang kebun.

Kenapa banding tugas guru dengan mereka. Sama kelulusankah? Bukanlah memandang hina kepada mereka  tetapi perbandingan beban kerja itu tidak kena. Rentetan buah pandangan dari seorang PTD yang cukup hangin bila kesatuan guru menolak PTD ditempatkan disekolah.
Yang perempuan (bukan my friend) siap cakap kepala hangguk lagi untuk guru (untuk status lain). Indah sungguh, ditujukan untuk seluruh2 guru2 di Malaysia.

Sedih sungguh.

Dan saya dipaksa rela ke kursus PBS -pentaksiran, selama 3 hari. Tq hb kerana sanggup cuti jaga anak2. Dapatlah saya berlepas ke tempat kursus dengan hati tenang dan makan sedap. Nampak sangat dah lama tak masak, bau dapur pun nak muntah mana boleh masak. Aduh..Rasa nak menangis makan asam pedas ikan merah, dek kerana sedapnya. Selalu saya tak pernah nak menceduk masakan itu kalau ada kat kantin.   Tak pernah masak asam pedas? Tak. Kesian hb mu.
Kesian dekat saya sebenarnya sebab masak selalu utamakan tekak hb dan anak2.

Dan tempat kursus itu, sekolah rendah baru dengan infastruktur yang terkini, kuantiti pelajar yg sedikit ( ke sebab mereka kecik jadi nampak sedikit)  sangat mendamaikan. Kalau semua sekolah macam tu kan best, tenang sikit cikgu2. Ni tidak, asik kena langgar saja dengan pelajar2 besar tetapi bersikap kanak2 ribena berlari turun tangga dan berkejar keliling sekolah. Dan kadang2 terpegang ludah dorang yang suka meludah di tangga. Tetapi ...Saya pernah terbaca yang seorang ibu ini cukup membangkang bila sekolah anak dia ada tangga guru dan tangga pelajar . Katanya "apa salahnya guru2 yang berpakaian cantik bergaya sakan itu menggunakan tangga bersama anak murid untuk beramah mesra dengan anak murid". Sedikit mencekik ayatnya. Tetapi sekarang ni mana ada dah tangga guru dan murid, semua diredah.

Dan saya terpaksa pula jadi penyelaras pentaksir berasaskan sekolah untuk Sains. Dalam blur2 kemabukan melanda, harap2 lepas ni akan ok, tetapi kerja sudah menghambat pada minggu ini kerana tuntutan SPSK yang seiras ISO itu. Sistem Fail dan pengoperasian sangat dititikberatkan, . Inilah nasib orang veteran.

Berat kepala.

Dan, satu2nya kawan saya yang sentiasa ada untuk saya, yang menarik tangan saya setiap kali saya hampir tenggelam, yang buat saya rasa diri saya lebih berharga, sudah tiada. Sedih saya. Innalillah...

Mei bakal menjengah. Trimester kedua. Harap2 mabuk dan pening berlalu pergi. Saya perlu beralih dari fasa blur ini.

Adik tak cedih pong, suka bangkang cakap orang si kecik ni.

Mana butang publish, takde pun. Pening dengan rupa yg baru ini.

Rabu, 18 April 2012

Kawan

Isnin minggu lepas , kawan maya saya, Ira, telah meninggal dunia akibat kanser.
Saya ada menulis tentang arwah di entry ini.

Selang 2 hari lepas tu, nenek penjaga anak2 saya meninggal tiba2, arwah memang ada sakit jantung, tetapi aktif walau umur dekat 80. (penjaga betul adalah anak perempuannya)
Anak arwah bakal melahirkan anak perempuan tak lama lagi.
Sebelum ni arwah nak jaga anak2 saya masa anaknya berpantang, saya menolak sebab ngeri takut jadi apa2. Arwah pergi tanpa saya ketahui punca.

Selalunya macam tu, saya bakal melahirkan Akif, sebulan sebelum tu atuk meninggal.

Selalu ada yang pergi bila si kecil bakal melihat dunia.

Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang beriman.