Sabtu, 12 Mei 2012

Wajah terindah

Seingat saya, bila umur saya 7-29 tahun, saya sangat jarang jumpa mak.
Kami jumpa hanya pada cuti penggal dan semasa raya sahaja. Kadang2 raya pun tidak.
Jadi hubungan, saya tak pasti nak kata rapat atau pun tidak. Yang saya tahu, layanan mak terhadap adik bongsu saya tu lah layanan yang kami adik beradik dambakan. Kalau nak pulang ke asrama, siap packing bagai, masak bagai...Saya dulu, lantak la makan ke tidak, walau jumpa cuma sekali sekala.

Bila di universiti, macam2 yang saya lalui.
Pergi bilik kawan untuk buat assignment, dan pulang lewatttt malam seorang diri, dari asrama yang berlainan. Menakutkan, sebab macam2 yang di dengar, kes ngeri, tetapi saya redah saja. Mana ada motor, mana ada komputer sendiri, jadi terpaksa lalu semua tu.

Dan saya suka berjalan malam. Kalau nak pergi rumah pakcik di Gombak pada hujung minggu, saya akan bertolak malam, sebab orang kurang, jadi ada tempat duduk dalam bas.  Kadang2 saya sorang saja dalam bas. Tabiat jalan malam terbawa2 hingga habis universiti. Ke sana sini kebanyakannya bila malam. Takut, tapi saya tak pernah menghadapi masalah. Walau pun masa tu kes Suzaili? yang kena rape tu ada tersebar, dan ada lagi kes2 lain, tapi saya dilindungi Nya.

Tapi saya selalu kesal, awatla saya ni hidup macam ni. Kalau mak bapak orang senang takde la saya gi mai gi mai malam2 buta macam tu dan melalui kesukaran macam tu seme.

Satu tabiat mak saya ni , suka berdoa. Kalau lepas solat, berdoa hampir sejam, lepas berzikir berjam2.

Bila saya kawin dan dapat Ezzam lepas 3 tahun kawin, barulah saya rasa rapat dengan mak. Mak datang jaga saya dalam pantang dan juga jaga Ezzam membesar selepas tu.

Dalam pada tu, saya banyak bercerita dengan mak, tentang sedih saya.
Sekali lagi ...tensen jugak saya ni.. Mak ni..kalau cerita apa2 pun.."biarlah...biarlah...Allah nak macam tu.."

Dia terlalu berserah pada Allah.
Hinggakan kalau saya tanya "kenapa Pak Mat tu meninggal?Sakit apa?"
"Hish...budak ni..dah sampai masa, Allah kata meninggal, meninggal lah dia."
Tensen tak.

Selepas mak balik, saya rasa kehidupan saya berubah sedikit.
Hafiy lahir, mak jaga lagi. Walaupun sekejap, saya sempat juga meluahkan stress saya pada mak. Mak tak respon pun , tapi dia makin banyak berdoa.

Hari demi hari, saya dapati kehidupan saya makin baik dari hari ke sehari, boleh rasa perubahan itu. Bukanlah bermaksud kaya atau apa, tapi benda yang buat saya tertekan dulu, hari demi hari semakin baik.
Sekarang baru saya sedar kenapa dulu2 , keluar malam beratus kali pun saya tetap selamat. Bayangkan ke Port Kelang ke rumah kakak, pukul 11 malam masih lagi seorang diri dalam bas.

Semua kerana doa mak.
Sekarang saya bersyukur, walaupun mak tidak kaya harta,tapi hatinya kaya.
Tanpa doanya, mungkin hidup saya tidak macam ni.
Terima kasih mak. Sayang mak.

2 ulasan:

  1. suka entry ni..

    tu lah kito ni kdg2 buruk sangka pd mok kito hy sbb layanan yg berbeza, sdgkn layanan yg berbeza tu mungkin sbb perangai kita x sama adik beradik, jd yg independent mak buke x kesoh cumo harap la skit jjale male soghe pong..

    hakikatnya, mok mano x saye anok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..
      tak baik sgt buruk sangka ko mok.semuo mok sayang ko anak2nya.

      Padam