Selasa, 31 Mei 2011
Suka minum kopi tak?
Dulu saya cuba elakkan minum kopi, sebab selalu dengar / terdedah dengan keburukan minum kopi. Tak pernah pulak dengar kebaikan minum kopi, ditambah dengan sikap kurang membaca lagi la tak tak terdedah..kantoi malas membaca.
Lepas baca Layar Minda tempoh hari, yang mengatakan
"Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka."
Hehehe..keje mengopi je kan?
Terus aku berlari ke NSK dan beli kopi (tipu je, tak de la berlari).
Sebenarnya kopi ni baik untuk kesihatan.
1.Kopi sebenarnya dapat mengurangka risiko batu karang, Parkinson dan Alzheimer (minum 1-2 cawan sehari)
2.Dalam perubatan tradisional, biji kopi digunakan dalam rawatan demam selsema, asma, masalah pulmonary dan pengsan.
3.Minuman yang dihasilkan daripada daun dan biji dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi.
4.Biji kopi juga mengandungi sebatian methylpyridium, sejenis sebatian antikanser, sebatian yang cuma terbentuk bila biji kopi dipanggang.
5.Tindakan peransang yang terdapat dalam minuman kopi juga amat baik untuk pergerakan peristalsis dan amat berguna sebagai penawar kepada sembelit.
6.Kopi juga telah lama digunakan sebagai analgesia (agen untuk melegakan kesakitan tanpa menghilangkan kesedaran.
7. Bagi wanita, minum kopi 2-3 cawan sehari juga boleh mengurangkan risiko kematian mendadak akibat sakit jantung.(Bagi lelali juga boleh membantu tapi sedikit sahaja peratusannya)
So..lepas ni, moh kita pakat2 minum kopi.
Sabtu, 28 Mei 2011
Rabu, 4 Mei 2011
Selasa, 12 April 2011
Rindu
Rasa rindu terhadap orang yang telah pergi kadang2 tak dapat dibendung..sob-sob seorang diri. Aku rindu pada atuk..dan adik beradik2nya yang pergi hampir serentak. Rasa kesal kerana hingga akhir nyawa dia aku tidak berpeluang berada di sisi untuk menyatakan bahawa aku berterima kasih sebab bela aku, dan aku sayang padanya. Rasa cemburu bila tengok di FB kawan aku peluk atuk dia tanpa segan silu, sedang aku nak cium pipi atuk dulu pun aku rasa segan sebab keluarga aku tak mengamalkan budaya kasih sayang peluk cium ni kecuali mak aku yang baru sahaja memulakan. Sedangkan aku ingat dialog atuk aku yang menyatakan betapa gembiranya dia bila ada saudara jauuuhh....pegang tangan dia bila melintas jalan. Aku buat tak dengar je..padahal dalam hati rasa cemburu dan menggelodak nak buat benda hampir serupa , asal aku boleh tunjukkan betapa aku hargainyadan sayangkannya.
Ya Allah..semoga dia ditempatkan di kalangan orang beriman. Semoga kesabaran dia terhadap tindak tanduk aku yang tidak sepatutnya akan dibalas dengan rahmatMu. Semoga Allah ampunkan aku kerana aku tidak berdaya pada masa itu.
Rasa rindu..tapi tahu dia takkan kembali lagi. Tidak ingin benda sama berulang untuk mak, tapi kadang kena tengok-tengok pandang pandang untuk call mak , kalau boleh pada masa bukan suami di sisi, supaya hati dia tak tersentuh rindukan maknya yang telah tiada sebab aku tahu rindu pada orang yang telah tiada tu sangatlah pedih.

Selasa, 22 Mac 2011
Taman Lang-Penaga-Bercham
Jumaat, 18 Mac 2011
Kenit
Empi..ancuk..anti antuh..- si kenit laung kat abang dia Hafiy
Eleh..dia belum pun boleh berjalan..pandai nasihatkan orang pulak..
Aku kagum dengan dia sebenarnya, belum boleh berjalan tapi dah pandai atur ayat yang panjang, pandai nasihatkan abang dia suruh masuk dalam rumah, jangan main kat luar takut jatuh.

Khamis, 17 Mac 2011
Pics
Dah lama gambar2 anak2 simpan dalam hp sebab aku tak pandai / malas nak transfer ke netbook ni. Dengan bantuan hb kerja jadi senang / aku rajin. Jadi aku paparkan sebelum aku malas lagi.
![]() |
| Suka 'mewarna' dengan Pi (panggilan utk abang Hafiy) |
![]() |
| Pandai kan dia pegang pensel? Takde sapa ajar. Aku rasa sesetengah budak tak pandai pegang pensel. Ke aku sorang je yang tak tau semua budak kecik dah pandai pegang pensel? |
![]() |
| Abang Hafiy yang dahaga kasih sayang,sob sob..sian dia. |
![]() |
| Bila ibu nak snap cepat2 sengetkan kepala...ingat kiut ke gitu. |
![]() |
| Agak-agak comel tak bila saya wat muka gini |
![]() |
| Ade tak sesapa nak tolong cat pagar, dah berkurun aku beli cat tapi pagar belum bercat-cat walau dah berkarat. |
Ahad, 13 Mac 2011
Kehilangan selepas penantian yang panjang
Takziah untuk Za dan keluarga untuk pemergian anakanda tercinta pada umur 49 hari, hampir subuh tadi, selepas menempuhi berbagai-bagai kesakitan. Tiada kata yang dapat aku luahkan untuk menenangkan dia. Semuanya adalah takdir Ilahi. Kita manusia hanya mampu berusaha, Dia yang menentukan. Nurin kembali kepada Penjaga sebaik-baik penjaga, dia jadi bidadari syurga dan pastinya lebih gembira di sana. Taktahu nak kata apa, cuma ingin peluk menenangkannya tapi tak berdaya.
Ahad, 20 Februari 2011
Tanya tanya
Ibu, nak gi sekolah-Ezzam
Sekolah abang tutup hari ni, ibu gi sekolah, abang duduk ngan ayah, -Ibu
Kenapa ibu kena gi sekolah hari ni?(sabtu)
Ibu ajar orang besar
Kenapa ayah tak gi sekolah hari ni?
Ayah ajar orang kecik
Nampaknya Ezzam dah boleh tanya benda berkaitan berturut-turut. Selalu pun dia banyak tanya soalan tapi kalau keliru jugak dia tak tak tau nak tanya yang seterusnya. Dia semakin berkembang nampaknya. Tadi dia tanya soalan kelakar. Agaknya pelik fizikal ibu dia aje yang lain dari dorang bertiga. Sakit perut aku gelak dengan soalan tak berdosa dia.

Jumaat, 18 Februari 2011
Maulidur Rasul
Tadi ada ceramah Maulidur Rasul di sekolah. Pelajar macam biasa la bising macam dah takde waktu lain mereka nak borak,jadi kerja mereka boooraaakk je..dengan suara kuat tanpa peduli siapa ada kat depan. Penceramah cakap,
" Tutup mata..kamu balik nanti mak kamu mati.".Dia dok ulang cakap yang tu aje.
"Eh, kenapa kamu semua masih tersengih-sengih,kamu balik mak kamu mati ni," kata penceramah tersebut kat bebudak sekolah.
'Kamu semua takde perasaan ke?Mak kamu bersusah payah kerja membesarkan kamu..kamu tak sedih ke?Sepatutnya seseorang tu cukup sensitif kalau orang sebut tentang mak,"
Aku sedikit pelik dengan ayat penceramah tu sebenarnya, macam tak jelas je arahan dia kan..
Bebudak selamba tak hiraukan cakap penceramah, masih borak-borak sesama sendiri.
"Ok..sesiapa tidak rasa sedih terhadap mak dia, saya doa kepada Tuhan tunjukkan lah kepada mereka-mereka ini balasan,"kata penceramah.
'Kalau sekolah lain saya buat macam ni , menangis teresak-esak seluruh sekolah tau tak?" katanya lagi.
AKU CUMA NAK CAKAP BETAPA EMO NYA SEORANG PENCERAMAH AGAMA BILA BERDEPAN DENGAN KEADAAN PELAJAR BISING DAN BUAT TAK TAU KITA BERCAKAP DI DEPAN. Kesian penceramah tu..mungkin dia nak cakap dengan lebih teratur dan touching sebenarnya tapi disebabkan pelajar wat tak heran, dia hilang punca...
Dekat sekolah lain, pihak atasan buat lawatan, masuk ke kelas untuk memantau guru mengajar. Ada seorang pelajar mundar mandir , disuruh duduk taknak duduk. Pelawat berkeras suruh duduk, pelajar baling kerusi ke arahnya, terus pelawat lari keluar kelas dan terus balik ke rumah.
Hmm...kronik sungguh. Bila cakap kat hubby, dia suruh gari je bebudak yang nakal ni, bawa naik bas dan bawak terus ke rumah menteri, dan cakap perkara yang sebenarnya. Idea dia memang pelik orang tak larat nak buat.

Langgan:
Catatan (Atom)