Rasa rindu terhadap orang yang telah pergi kadang2 tak dapat dibendung..sob-sob seorang diri. Aku rindu pada atuk..dan adik beradik2nya yang pergi hampir serentak. Rasa kesal kerana hingga akhir nyawa dia aku tidak berpeluang berada di sisi untuk menyatakan bahawa aku berterima kasih sebab bela aku, dan aku sayang padanya. Rasa cemburu bila tengok di FB kawan aku peluk atuk dia tanpa segan silu, sedang aku nak cium pipi atuk dulu pun aku rasa segan sebab keluarga aku tak mengamalkan budaya kasih sayang peluk cium ni kecuali mak aku yang baru sahaja memulakan. Sedangkan aku ingat dialog atuk aku yang menyatakan betapa gembiranya dia bila ada saudara jauuuhh....pegang tangan dia bila melintas jalan. Aku buat tak dengar je..padahal dalam hati rasa cemburu dan menggelodak nak buat benda hampir serupa , asal aku boleh tunjukkan betapa aku hargainyadan sayangkannya.
Ya Allah..semoga dia ditempatkan di kalangan orang beriman. Semoga kesabaran dia terhadap tindak tanduk aku yang tidak sepatutnya akan dibalas dengan rahmatMu. Semoga Allah ampunkan aku kerana aku tidak berdaya pada masa itu.
Rasa rindu..tapi tahu dia takkan kembali lagi. Tidak ingin benda sama berulang untuk mak, tapi kadang kena tengok-tengok pandang pandang untuk call mak , kalau boleh pada masa bukan suami di sisi, supaya hati dia tak tersentuh rindukan maknya yang telah tiada sebab aku tahu rindu pada orang yang telah tiada tu sangatlah pedih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan