Rabu, 13 Mac 2013

Anak syurga

Saya pernah cerita    ini      dulu.

Mak mimpi gigi bawah patah, maksud ada keluarga yg muda akan meninggalkan kami.

Semalam adik saya bersalin selepas 20 jam tahan sakit akibat induce overdue.
Baby boy selamat dilahirkan.
Saya yg tak lena tidur mengenangkan dia kesakitan di Hosp tanah Merah.
Fizikalnya kurus dan lemah buat saya rungsing amat.
Tapi akhirnya selamat, saya tak dapat bayang kesakitan yang dia tanggung.
Saya sakit 8 jam pun rasa tak tertahan.

Hari  ni sepupu saya yang dah macam adik beradik, sebab dia dah takde mak,
kehilangan anaknya..lelaki 6 tahun akibat jangkitan paru2. sakit datang tiba2.
Tanpa tanda.
Masuk hospital  yang sama dengan adik saya, pada hari yang sama.
Sedih ..tetapi yang pasti syurga untuk anak kecil itu.
Arwah Naqib, anak istimewa., yang jarang saya jumpa bila balik kampung, sebab balik sekejap2 saja.
Betapa kehidupan di bandar ni buat saya jauh dari keluarga, buat saya hilang sifat2 manusia biasa.
Balik kejap2, terkejar nak balik ke bandar balik, kejar kerja, kejar jam..
akhirnya boleh kata tak sampai 7 jam  saya jumpa anak itu di sepanjang hidupnya.

Tapi walaupun anak istimewa, arwah dapat layanan istimewa dari ibu dan bapanya. Anak tunggal. Dan mereka hidup mewah berbanding saya ni..Jadi. agak tenang  hati saya.,

Saya masih ingat, saya  dalam pantang utk anak sulung saya 7 tahun lalu, sepupu saya diterbangkan dari Kelantan utk ke Hosp Selayang akibat penyakit hati, beliau tengah mengandungkan arwah 4 bulan.
Doktor kagum dengan semangat beliau yang ingin terus hidup walaupun koma.
Beliau sihat walafiat lps tu selepas koma agak lama. Makan masa bulan juga.

mimpi, memang petanda.
jantung berdetak kuat pun petanda.
saya alami kedua2nya.
tidak ada apa yg dikesalkan.
arwah jauh lebih beruntung dari kita semua..
syurga sudah pasti untuk dia.



Selasa, 12 Mac 2013

10 surah yang baik untuk diamalkan

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari 


kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.


6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.


7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi 


kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.


10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Kebaikan susu ibu


PENEMUAN SAINS MENGENAI SUSU IBU BUKTI KEBENARAN AL-QURAN

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”
(Surah Luqman: ayat 14) ♥

Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.

Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.

Kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.

“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.

♥ Manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.

Satu lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.

♥ Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini, ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabad yang lalu.

:: Menyusu bayi juga baik untuk ibu, antaranya ialah:

♥ Akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:

♥ Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.

♥ Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.

♥ Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.

♥ Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”

♥ Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”

Sumber: Merentasi Dunia Ilmiah Islam


Isnin, 11 Mac 2013

EBM / susu yang tengik, boleh minum lagi ke?

 Ebm  cair rasa masam/tengik,  disebabkan enzim lipase dalam susu itu sendiri.

Tidak membahayakan baby selagi baby tak menolak untuk minum. 


Tapi  biasanye kalau baby tak suka,boleh try 'scalding..maksudnya tiap kali nak store bm,


slow heat dulu dalam periuk sampai ade bubble kat tepi periuk tu.untuk memecahkan  


lipase, dan kemudian sejukkan dan simpan.


*sumber rakan Kelab Penyusuan Si Manja  FB


Ahad, 10 Mac 2013

Barang perlu ada jika ibu ingin menyusukan anak sepenuhnya / fully breastfeeding

Baby tertido masa menyusu..*image googled*
Ni lah tempat tido sementara bagi baby, yang sebenarnya.
Sayu hati teringat kat baby Myanmar dlm NICU tempoh hari.Sedih juga ingat baby2 yg tiada mak.
1. Pam
Disyorkan
a) Pam Avent Manual
    Harga RM170-200 .Sangat bagus, sedutan lembut dan tidak menyakitkan ...(Ni testimoni    orang lain, saya tak tau   pam yg lain sakit macamana, sbb saya pengguna Avent Manual saja).
Tapi kalau anda jenis takde susu,  terpaksalah tangani stress masa pam ye, sebab tangan lenguh, susu tak keluar2..kalau stress susu takkan keluar. Kena rajin pam. Pam secara berkala 2/ 3  jam sekali , untuk masa sehari  dah memadai bagi saya, esoknya production susu terus meningkat. Kalau susu banyak, tak lenguh langsung rasa tangan. 3 minit dah penuh botol.

b) Pam Medela Swing
    Harga RM600-700.  Single pump. Masa memandu pun boleh pam. Dah dicuba oleh kawan saya buat cenggitu. Tak payah lenguh2 tangan, tak stress..jadi production susu sangatlah banyak. 12 oz pun ada, kawan saya la citer..

c) Pam Medela Freestyle
    Harga RM1600-2000. Double pump. Semua benda boleh dilakukan ketika mengepam.  Sangat la mudah tetapi juga sangatla mahal...

Spectra 3 sangat bagus dan murah, electric. Hisapan seumpama bayi..(yg saya  duk baca), tapi berat dan besar tidak sesuai diangkut merata.
Ha...sambil pam sambil teman hb minum petang....
2. Chill bag & Reusable ice pack
   Ada 2 benda ni tak payah nak tumpang2 peti sejuk makmal/ofis ...nanti bergaduh pula dengan rakan sekerja atau bos...(pengalaman rakan saya)

Pilih di http://anakibushop.blogspot.com/
Pilih nak yang mana. Sebenarnya dalam beg tu jugak kita nak sumbat pam dan 3 reusable ice pack.3 icepack perlu untuk suhu lebih sejuk dan susu tahan lebih lama .  Jadi untuk anggaran, cooler bag yang atas ni cuma muat 1/2 storage bottle saja. Saya kerja 1230-700, jadi saya pilih yang pink ni saja.
RM29.90



RM49.90




3. Sterilizer (&warmer)
   Perlu ke kedua2nya ni?
RM150.00 utk kedua2 ketul ni

Bagi saya, sterilizer perlu untuk menjamin kebersihan storage bottle dan pam.  Tak bolehke rebus je?
Sebabnya...
a)Boiling something doesn’t guarantee that bacterial spores will be destroyed or viruses will be rendered inactive.

If parents merely boil a baby’s milk bottle, nipple and pacifier and don’t properly remove potentially infected matter from them, they are risking their baby’s health. This is because if traces of matter such as pieces of infected stools are left on, for example, a bottle nipple, they will come into contact with the baby the next time the nipple is put in the baby’s mouth. This will lead to the baby becoming infected and falling ill. Depending on what type of infected matter comes into contact with the mouth, there are many different kinds of illnesses the baby may catch. They include the common cold, flu, pneumonia, chickenpox, tapeworms and pinworms.

b) Boiling these items in water does destroy a limited amount of bacteria, you’d have to keep the items in the water for a long time in order for this to happen. 

c) The definition of sterilization is the destruction of all microbes, including bacterial spores. In other words, sterilizing something frees it of all forms of life. 

d) Babies with underdeveloped immune systems are particularly at risk from instruments that haven’t been sterilized properly. 

e)Boiling water is not a sterilant and therefore shouldn’t be treated as one.

Warmer pula bagi saya tak perlu , ambil masa betul nak naikkan suhunya ke 40 C. Dan bila dah sampai 40C, kena tunggu bagi sejuk pula supaya sesuai utk baby minum (ke saya saja yg tak reti guna tak taulah..Saya cuma minta babysitter letak dlm air panas 3 minit saja untuk 3 oz susu, dah sesuai untuk baby minum.

4. Storage bottle
5 oz untuk satu botol. Sesuai untuk ibu yang susunya biasa2 saja sebab bila guna botol, ruang terhad. Jika ibu mengeluarkan susu yang banyak setiap kali (berbelas oz), lebih sesuai gunakan plastik khas untuk ebm kerana dapat menjimatkan ruang. Bekas dadih tak disyorkan. Tapi ia sangat menjimatkan ruang sebab boleh disusun-susun. Ada orang kata boleh guna 1 kali sahaja, ada yang kata 3 kali sahaja. Saya pun kadang2 kalau ada masa google juga kenapa bekas dadih ni boleh guna sebanyak tu saja. Tapi ada doktor yang kata boleh guna sampai hancur.  No 5 di bawah bekas dadih menunjukkan ia selamat digunakan sebagai bekas makanan. Tak pasti ler..untuk selamat, guna saja storage bottle ini..
RM 50 10 bijik.




5. Nursing cover.
Saya tak beli pun sebab sekarang baby's room merata kalau gi sopping complex. Ada ibu yang bershopping sambil bf. Saya hanya mampu tersengih. Kalu saya wat gitu mesti kena luku ngan hb saya.



6. Breast pad 
Kalau anda adalah ibu yang banyak susu, perlu le pakai ni..nanti basah pula baju, malu kokrang.




Khamis, 7 Februari 2013

Petua kempiskan perut.

Hi,
Ada juga yg sudi menjenguk blog saya.
Saya dah mula kerja.
Nak meriak.
Dah ada 2 org tanya, apa saya buat dengan perut saya.
Kempeh..
Berbaloi mak saya datang barut perut saya walaupun dia cuma datang tak sampai 20 hari.
Saya bagi ramuan utk adik2 yg baru beranak sorang itu.
Asam jawa banyak2 + garam banyak2 + cuka bagi asam jawa cair sikit.
3 hari dah surut macam biasa atau lebih surut dari dulu2.
Selamat menkempiskan perut .

Khamis, 31 Januari 2013

Kenapa tak dengar cakap ni?

Ibu bapa kadang2 tak sedar kenapa anak mereka tak dengar cakap.
Tahu nak marah saja.
Tapi tak ramai yang sedar mereka sendiri lah yang jadikan anak2 tak dengar cakap.
Lagi suka bagi makan cekedis kat anak2 daripada bagi makan buah-buahan.
Kalau beli cekedis berkaton2 takpe.
Beli buah..sepiring pun membazir..
Bagi gula2 berplastik pun ok....tapi malas nak ajar makan sayur.
Lagi suka bagi anak2 tengok otromen dari bagi dengar azan.
Bila anak jadi perangai resaksa ngan otromen nak marah pula.
Tahu tak kalau kita jaga dalaman mereka ni kita tak payah dan nak berusaha keras nak suruh buat benda2 baik atau ikut arahan kita?
Haih..saya rasa nak tulis artikel yang lebih panjang tapi masa tak mengizinkan.

Sabtu, 12 Januari 2013

Tips banyakkan susu

Kesian kat ibu2 yang takde susu ni ..punyala google dan try tak jadi2 jugak.
Prinsip asas pengeluaran susu adalah asal kita happy dan tak tertekan saja.
Jadi takde makanan khusus yang boleh keluarkan susu dengan jayanya.
Makanlah apa yang kau rasa nak makan.
Teringin makan pisang goreng, cekelat, pizza..? Makanlah..mesti pengeluaran susu melimpah2 sampai mak2 tak payah minum susu pun takpe..susu badan  tetap keluar. Minum air putih je pun no hal
Tetapi bila dah keluar banyak..janganlah kau abaikan pemakanan seimbang pulak.
Makanlah makanan seimbang.

Dan satu lagi tinggallah di tempat yang buat kita rasa selesa.
Dulu selepas 3 bulan bersalin anak ke 3, saya balik ke kampung sebab hal2 tertentu.
Tumpang rumah kakak.
Lama duk situ, 2 bulan mungkin.
Saya suka sebab lama tak jumpa dengan kakak.
Tetapi tak selesa sebab menumpang dan banyak fikir benda tu benda ni.
Punyalah minum banyak air susu, milo dan lain2..memang banyak minum.
Semua jadi urin.
Susu cuma keluar bila saya tergelak..takkan nak gelak sepanjang anak menyusu..gilo ko apo....

Dan..susu juga akan keluar dengan banyak bila saya buat ulam daun gelenggang (kecik)..jangan yang besar, yg besar tu mungkin cuma lembu je yang makan..dan buat ubat gatal2.
Dan yang herannya yang kecik tu tok bidan je bawa bagi saya..bila mak saya pergi cari temmpat yang dicakapkan..tak de..-sebenarnya mak memang dah cari merata, takde...
Daun gelenggang kecik yang tumbuh melata adalah ulam/ makanan yang boleh tingkatkan pengeluaran susu.
Kot2 daun gelenggang tu mengandungi bahan kimia penenang kot..tu yang jadi macam tu.

Bila saya balik je rumah saya sendiri, susu terus keluar dengan banyaknya.
Walhal saya cuma minum air putih segelas, makan seperti biasa ( bukan ada makanan yang diwarkan sebagai milk booster)...susu ada sampai ke tengahari. Lebih dari cukup untuk buat Akif kenyang.

Jangan fikir milo kurangkan susu (katanya milo, nescafee, kopi  dan teh kurangkan susu).
Bersalin anak sulung saya cuma minum milo. Keluar susu yang sangat banyakkkkkkk....
Lepas pantang baru2 ni saya minum 3 in 1 coffee sebab teringin sangat .Susu keluar dengan jayanya.
Tapi takleh minum tiap hari , sakit kepala.
Teh kurangkan susu ke..? Tidak pun..Mak saya zaman dolu2 cuma minum air teh saja sebagai minumannya masa pantang...ade je susu..cukup untuk anaknya 6 orang.

Tapi mak2 zaman sekarang janganlah duk minum teh saja kalau ye pun suka teh dan dapat guna sebagai milk booster. Minumlah minuman yang berkhasiat seperti  susu dan juga  jus buah-buahan.

Saya tak sebut tentang  hormon oksitosin dan prolaktin sebab malas.