Saya pernah cerita ini dulu.
Mak mimpi gigi bawah patah, maksud ada keluarga yg muda akan meninggalkan kami.
Semalam adik saya bersalin selepas 20 jam tahan sakit akibat induce overdue.
Baby boy selamat dilahirkan.
Saya yg tak lena tidur mengenangkan dia kesakitan di Hosp tanah Merah.
Fizikalnya kurus dan lemah buat saya rungsing amat.
Tapi akhirnya selamat, saya tak dapat bayang kesakitan yang dia tanggung.
Saya sakit 8 jam pun rasa tak tertahan.
Hari ni sepupu saya yang dah macam adik beradik, sebab dia dah takde mak,
kehilangan anaknya..lelaki 6 tahun akibat jangkitan paru2. sakit datang tiba2.
Tanpa tanda.
Masuk hospital yang sama dengan adik saya, pada hari yang sama.
Sedih ..tetapi yang pasti syurga untuk anak kecil itu.
Arwah Naqib, anak istimewa., yang jarang saya jumpa bila balik kampung, sebab balik sekejap2 saja.
Betapa kehidupan di bandar ni buat saya jauh dari keluarga, buat saya hilang sifat2 manusia biasa.
Balik kejap2, terkejar nak balik ke bandar balik, kejar kerja, kejar jam..
akhirnya boleh kata tak sampai 7 jam saya jumpa anak itu di sepanjang hidupnya.
Tapi walaupun anak istimewa, arwah dapat layanan istimewa dari ibu dan bapanya. Anak tunggal. Dan mereka hidup mewah berbanding saya ni..Jadi. agak tenang hati saya.,
Saya masih ingat, saya dalam pantang utk anak sulung saya 7 tahun lalu, sepupu saya diterbangkan dari Kelantan utk ke Hosp Selayang akibat penyakit hati, beliau tengah mengandungkan arwah 4 bulan.
Doktor kagum dengan semangat beliau yang ingin terus hidup walaupun koma.
Beliau sihat walafiat lps tu selepas koma agak lama. Makan masa bulan juga.
mimpi, memang petanda.
jantung berdetak kuat pun petanda.
saya alami kedua2nya.
tidak ada apa yg dikesalkan.
arwah jauh lebih beruntung dari kita semua..
syurga sudah pasti untuk dia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan