Isnin, 20 Februari 2012

Kisah Kaabah Yang Tidak Di Ketahui Ramai

Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

"MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W"

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat s...up.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. ♥ ^___________^

Ahad, 19 Februari 2012

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR


Perkara yang patut dilakukan oleh ibu bapa semasa anak sedang tidur. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya, membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali.
Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

@Selawat dan baca 3 qul di atas ubun2 anak bila anak sedang tidur.

Rabu, 15 Februari 2012

Nangka busuk

Pagi tadi tulis entry tersembam kena terkam dengan Hafiy...
Hari ni pegi sekolah dengan penat, (mood ada cuma penat),
Terpijak ais yang berterabur atas simen (budak2 suka minum air dan baling2 ais) , jatuh bedebuk macam nangka busuk,
dem betul.

Nasib baik ramai budak berlari pergi tolong bangkit semula, kalau dorang semua tengok je lagi la malu rasanya.

"Teacher ok ke?" budak2 usap2 bahu saya. Mata den dah kelam menanggung malu tak nampak dah yang ngusap tu lelaki ke perempuan sebab semua perempuan dan lelaki terpa saya tolong saya bangun.

Cet!~ malang betul hari ni.


Cina depan rumah saya

Orang kata Cina baik dengan kalau ada keuntungan untuk dia.
Saya sangkal tu,
Cikgu Cina yang bekerja dengan saya semuanya baik.

Apek depan rumah saya ni baik, suka tegur saya, bagi limau mandarin.
Tahun lepas ketuk pagar rumah saya sambil laung " Assalamualaikum" kuat2.
Tahun ni tunggu 2 hari untuk bagi limau mandarin sebab  saya tak keluar rumah pada cuti raya Cina.

Saya fikir semua warga tua cuma nak berbaik2 atau cuma niat nak hidup aman damai saja.

Dia banyak kereta. Rumah 2 biji sebelah2 anak dia punya, jadi kereta pun banyaklah.

Dia selalu parking depan rumah saya, agak menyusahkan la, elok2 saya boleh parking situ masa nak tutup pintu pagar atau boleh guna jalan tepi tu (rumah endlot), bila ada kereta tu, tak boleh la jadinya, sebab muncung kereta dia panjang, menghalang jalan.

Kalau masa hb takde ok la nak parking disitu, tapi rupanya masa hb ada pun dia selamba badak parking depan rumah saya jugak, padahal bukan tak boleh parking depan rumah dia atau tepi jalan kecik rumah dia tu, tapi dia nak jugak menyempa (baca dengan sengau) di rumah saya.

Bila saya balik sekolah atau nak pegi sekolah dia selalu tegur,
Hb kata "takde bini tu, tu pasal la dia baik"

Tapi sehari dua ni saya rasa bengang dengan kesusahan saya dengan adanya kereta dia tu. Malas rasanya nak berkomunikasi dengan mesra dan sengih. Just angkat tangan kalau dia angkat tangan dan terus pandang tempat lain buat2 sibuk layan anak dalam kereta.

Nasib baik dia paham. Dah 2 hari tak letak kereta depan rumah ni. Dan dah takde dia lepak petang2 depan rumah dan lambai2 pada saya. Bagus bagus bagus.

wordless wednesday (nak wordless jugak terr....)

bebelan makcik yang penat minda

Tadi pegi hantar anak2 ke sekolah.

Cikgu  cakap Hafiy cepat tangkap apa yang dipelajari, dibanding kanak2 sebayanya.

Minggu ni Hafiy liat ke sekolah, saya rasa dia boring dengan kelas 4 & 3 tahun, mungkin dia suka di kelas 5 tahun.Minggu lepas dapat seketul homework tulis A dan 1, punya la tersengih sampai ke telinga masa buat homework

Saya rasa kalau dia ditempatkan di kelas 5 tahun dia akan lebih cepat faham berbanding sesetengah pelajar kelas itu.
Sayangnya saya rasa saya tak cukup masa nak gilap kebolehan dia, kalau tak mungkin dah banyak yang dia pelajari.

Tiap hari 30 x cakap 'adik sayang ibu'-amikkkk...dulu nak dengar sangat..

Tiap hari bergantung kat kaki saya, tiap hari terkam saya.

Kalau balik sekolah yang penat ibu kadang2 tersembam ke lantai, sadis sungguh, kuat sungguh tenaga dia.

-Penat lelah rasa letih dengan rutin ini dan kadang2 rasa jiwa jauh dengan tuhan, kalau la dicabut nyawa pada masa ini apakah nasib saya, harap Tuhan kasihankan saya tapi balik2 kena  balik ke pangkalnya, kita hanya hamba, tugas kita hanya menerima.

Bila la kerajaan nak adakan kelas khas atau sekolah khas untuk pelajar yang bukan minat ke arah mendengar dan menulis (pelajar sekolah menengah). Penat nya otak dan tubuh badan nak mengawal budak2 ni.

Selasa, 14 Februari 2012

Angry bird

Amboi..baik yer korang kalu ayah jaga ye, siap beratur






Kecik je pokok ni, paras pinggang saja, macamana ntah ayah dorang boleh jumpa
sarang burung yang sangat kecik ini.
Dorang panggil telur angry bird.

Rabu, 8 Februari 2012

Adik pong ade keje kolah ugak

Tiap hari abang bawak balik 2,3 ,4 buah buku. Semua buku ada homework, dari hari pertama.

Hafiy dan Akif tensen,

  -Cikgu tak ajar adik ABC pun (cebik, muka sedih)

 - Cikgu tak bagi adik kerja kolah pong. (tiap hari cakap macam tu, nak sangat homework. Bagus, nanti cikgu bagi homework jangan tak buat pulak.

Hari Jumaat, 3 orang budak balik sekolah dengan ceria, sebab semua ada kerja sekolah, ibu tak larat lagi nak tengok, esok kan Sabtu, so esok la tengok.

Pagi Sabtu,

" Bu, Atik ada keje kolah"-Excited
" Mana, nak tengok"-Excited jugak.

Hafiy dan Akif berlari ke beg, nak tunjuk kerja sekolah masing2, sukanya dia.

Bukak beg dengan tak sabar.
"Atik ada keje kolah !"
 Marah dia kat abang dia yg cakap," Tu bukan keje sekolah la adik..".

Ni a keje sekolah adik (buku mesej dari principal)

Frust bila ibu cakap tu bukan keje sekolah.

Ni a keje sekolah adik (pampers).

Semua masih belum mandi. Ibu 'rajin'. Awal lagi ni, orang lain pun mesti belum mandi.
Akif comel betul (perasan mak dia)

Cekcinya Akif..
Potong rambut. Segan sebenarnya dok snap gambar.
Tapi kelakar tengok muka Akif masa tu, asyik nganga je.
Selaku budak yang matang, dia dengan rela potong rambut, macam gosok gigi, dia buat sendiri jugak.
"Kicci.tengok sini," nganga....

Hafiy panjat kerusi lepas dengan rela untuk potong rambut lepas tengok Akif cool je.



Penggeli. Pejam mata saja sepanjang potong rambut.
Sepupu dia panggil tahi lalat kat hidung tu 'titik'.
"Tak sama la umi adik dengan dia, dia ada titik"



Selasa, 7 Februari 2012

Asyik nak ikut orang balik je dia ni

Pembantu makmal sekolah lama saya call (Ita-nama samaran).

Katanya nak mintak tolong sebab pembantu makmal baru (lelaki) kena gangguan, berdebar2 bila datang sekolah, jadi tak suka datang kerja dan tak boleh tidur sejak Cuti Tahun Baru Cina. Pengetua yang tengok muka budak ni macam orang sasau suruh Ita ni tolong budak ni cepat2.

Dari ustaz (3 orang) yang merawat, katanya dia kena 'buatan orang' di sekolah tu jugak.

Simptom dia macam saya. Kalau macam tu saya boleh buat kesimpulan bahawa makhluk halus di sekolah tu dah kacau dia , macam saya dulu makhluk kecik tu ikut saya balik ke rumah dan menganggu rutin harian harian dan jiwa saya.

Budak lelaki pembantu makmal tu sekarang jadi pelupa (sebijik), baru je orang lepas cakap dia akan lupa tak ingat apa pun. Mungkin dr ada diagnosis mereka sendiri. Tetapi kalau ikut versi saya ni, makhluk ni suka kacau orang yang pendiam dan stress kot, tetapi saya takdela pendiam mana, dulu mungkin stress sebab lepas bersalin dan ada beberapa hal yang jadi, tetapi budak ni pemain bola sepak kelab, dan aktif , masih muda lagi, stress pe kebendanya.

Jadi Ita ni nak jumpa saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, tetapi hb  saya tak benarkan sebab katanya hal berkaitan lelaki, biarlah budak lelaki itu setel sendiri.

Saya bagi no telefon tempat saya berubat dulu (salah satu). Harap2 budak lelaki tu akan ok lepas ni. 

Jumaat, 3 Februari 2012

Sham Kamikaze

Assalamualaikum. Salam Jumaat.

Semalam balik dari latihan sukan permainan di sekolah saya dengar IKIM, Sham Kamikaze ke udara.

Lain benar suara dia sekarang. Benarkan suara orang beriman ni lebih lembut, sekata dan yang mendengarnya jadi tenang. Sebutan2 perkataan pun bunyi lain sebab selalu sebut perkataan dalam bahasa Arab. Alunan suara beliau menusuk ke kalbu saya. Bukanlah saya jatuh cinta mendengar suara beliau, tetapi kata2 dan nasihat dan pengalaman yang beliau kongsikan itu yang menyentuh hati saya.

Dah sampai ke rumah pun saya tetap duduk dalam kereta sebab rasa sayang untuk tinggalkan perkongsian beliau.

Subhanallah. Benarlah Allah memberikan petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Bila mendengar kata2 beliau semalam saya rasa bersyukur kerana beliau diberi hidayah oleh Allah untuk berubah, tetapi pada masa yang sama juga sedih dengan diri saya yang jahil. Umur lebih kurang sama dengan beliau, dan mungkin sedar tentang dosa pahala lebih dahulu dari beliau tetapi pelaksanaannya..... ya Allah. Malu sungguh. Saya masih lagi seperti dulu, dari segi keimanan. Graf mendatar saja.

Saya rasa sungguh kesal kerana tidak pandai mengulas balik apa yang saya dengar semalam untuk ditulis di sini. Andailah saya pandai menulis kembali apa yang saya dengar , mungkin saya boleh kongsi sedikit dengan pembaca2 yang 'terdatang' ke blog ini. Mungkin belum masanya diberi idea oleh Allah.

-sekadar berkongsi sedikit (guna ayat sendiri), mungkin boleh jadi panduan,

1) *Barangsiapa yang menyeru ke arah kebaikan (baru menyeru, bukan melakukan), nescaya akan diberi pahala sama seperti orang yang mengerjakan pahala tersebut, tanpa dikurangi sedikitpun.*

Hal ini sama seperti kita menyeru ke arah kejahatan.

Jadi, jika ada kawan2 post hal2 agama di facebook atau sebagainya, dengan tujuan kebaikan, janganlah kita mempersoalkan diri dia pula (seperti mengatakan dirinya juga tidak berapa betul , jadi janganlah bercakap hal2 agama). Sesungguhnya kita ini manusia yang selalu alpa, kena saling ingat mengingati. Alangkah beruntungnya kita dengan mengingatkan sesuatu yang baik, dan ada orang yang terpanggil berbuat baik dengan sebab kita yang mengingatkan dia.


2) Tidak boleh mengadu kepada manusia menceritakan masalah itu masalah ini kepada manusia, apatah lagi menceritakan difacebook. Satu ayat letak status, boleh membawa kepada berpuluh-puluh komen yang mengandungi fitnah, mengumpat dan sebagainya.

Sedangkan tempat kita meminta pertolongan yang sebenar2nya cuma pada Allah swt.
Alangkah ruginya kita jika kita meminta tolong kepada manusia yang sudah pasti tidak mempunyai apa2 kuasa untuk menolong kita. Alangkah lebih baik dan lebih senang jika kita ada masalah, dirikan solat sunat 2 rakaat dan minta pertolongannya.

sekadar ingat mengingati.