Ahad, 17 Julai 2011

Kek Coklat Kukus

Bahan2 :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara2 :
1. Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dalam periuk dan masak sebentar di atas api kecil sehingga semua larut. ketepikan. Biar suhunya turun.
2. Tepung, soda dan baking powder di ayak menjadi satu.
3. Telur dipukul hingga kembang dan dicampur dengan campuran koko tadi. Gaul rata dan campur tepung.
4. Gaul sebati dan tuang ke dalam acuan (loyang disapu butter agar kek tidak melekat) jangan sampai penuh sebab adunan akan naik nanti.
5. Tutup acuan dengan aluminium foil agar tidak masuk wap. Kukus 1 jam, angkat dan biarkan sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan