Semua dah sihat. Ubat klinik tu memang 'sekun'. Mak aku cukup marah kalau cakap semua dah sihat sebab makan ubat tu, memang dia akan marah dan betulkan ayat aku, sembuh kerana Allah. Syukur, aku dah tak risau pasal anak-anak lagi.
Berbalik semula pada kerja aku. Kalau dulu aku kata menyesal bertukar tempat kerja, kini dah jadi bersyukur la kot. Sebab semua pucuk pimpinan yang macam diktator dah bertukar 2 minggu lepas aku masuk sekolah ni, jadi aku tak sempat merasa kediktatoran tu. Guru-guru yang dulu muka mungkin masam sebab tensen mungkin, sekarang semua sudah berubah wajah. dan dari apa yang aku dok dengar, sekolah lama aku pulak terbalik jadi macam sekolah ni tahun lepas..kesian kawan-kawan lama aku, mereka frust sebab aku dah tahu masalah baru mereka, jadi aku tak akan sesekali tukar balik ke sana la. Semua kawan baru di sini cakap aku beruntung sebab pindah tahun ni. Alhamulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan