Khamis, 11 Oktober 2012

Baby oh baby.

Dah 3 kali scan.
Masih tak nampak jantina.
Kepit paha la, tak nampak la, terlindung la.
Saya teruja sediakan pakaian2 pink, purple, peach.

Kalau keluar boy camana baju2 tu?
Takpe, kakak dan adik saya pun tengah pregnant.
Kami 3 beradik bakal bersalin dalam jangka masa dekat2.
Baju2 pink peach tu boleh pass kat dorang yang khabarnya akan terima baby girl.
Alhamdulillah..mok bakal terima 3 cucu ,Nov, Dec 2012 dan April 2013.

Sabtu, 22 September 2012

Kg Lebai Akil, tanah kelahiran dan membesar

Raya 2012,
3 tahun lepas atuk  yang membesarkan saya meninggal,
3 tahun lepas Akif lahir,
baru saya dapat jejakkan kaki semula ke tanah ini.
biar sekejap,
rindu terubat,
sedikit.

Rumah buruk tempat saya lahir dan membesar. Kini dah makin rosak , tiris, anai2, sebab tak berpenghuni.
Arwah atuk suka duduk kat kerusi depan tu. Macam terbayang2 arwah duduk2 berehat di situ.

Jalan yang dah makin sunyi. Kalau bukan hari raya, kelibat warga muda macam tak kelihatan langsung.
Yang ado cumalah warga tua yang menghabiskan sisa hidup. Kat tepi jalan ni lah saya selalu tunggu kereta prebet sapu
utk balik ke asrama di Kota Bharu tiap kali balik bercuti di kampung. Mak takdak, ayah takdak. Sorang2 tunggu kereta. Sungguh busan. Depan tu ada pokok buluh yang banyak.

Hubby tengah gigih kait buah rambutan. Rasanya seumur hidup dia baru beberapa kali pegang galah kot.
Syabas inspektor sahap. Sepanjang perjalanan dari Jeli ke Pasir Mas saya duk pikiaq sapa la yang nak ambik buah rambutan nanti kat kampung atuk sebab mak saya ajak ke sini alasannya nak ambik buah di samping lawat kubur arwah atuk. Tak sangka hb saya berjaya la jugak kait rambutan.
Depan rumah, kami panggil dalam alor, padang tembakau kalau musim tembakau., tapi yang manis, masa banjir,
air penuh , budak2 satu kampung main rakit kat situ. Buluh untuk buat rakit ada depan rumah, air pun ada. Seronok sungguh.

Pokok2 salak. Tak terurus tapi buahnya masih banyak. Intai je , mesti boleh dapat hasil 10-20 biji.


Hafiy memang sesuai duk kampung. Sebab apa ye, ke sebab masa dia baby dulu mak saya pernah bela utk 2 bulan.
Dia excited yang amat bila tengok rambutan jatuh dari pokok. Terjerit2 kutip rambutan dan terus suh saya kopek.
Berpuluh2 bijik dia makan. Tak peduli panas dan gelap.
Kat Jeli kalau lalang setinggi lutut pun dia tak heran redah.
Abang tak makan pun rambutan. Tengok saja dan tolong bagi kat Hafiy, takde feel langsung. Ahmad pula ke sana ke mari , tapi tak nampak bosan macam Ezzam.


Kubur tepi rumah.
Kat sini lah tempat saya bermain masa kecik. Kalau musim buah, ambik buah2 dari sini.
Manggis , durian, rambutan, gajus,  jering . Keje saya kalau musim manggis duk atas pokok saja, tapi bukan ambik buah sendiri, penakut untuk ke tepi dahan, suh orang lain yg ambik.
Mungkin orang rasa pelik/ geli  makan buah atas yang pokoknya tumbuh atas kubur, nak wat camne, pokok yang ni saja boleh diharap, lebat dan rendang. Kat tanah sendiri  tinggiiiiiiiiiiiiiiiiii melangit.

Kubur arwah, takde marmar takde segala.
Cuma batu nesan dan pokok bunga Cina. Doa saya agar rohnya aman di sana.


Rezeki utk berjumpa. Saya teringin jumpa bekas isteri pakcik saya.
Kami jumpa kali terakhir masa hari sambut menantu, saya kawin, di KL.
Tiap kali berpeluang balik, ingin jumpa tapi tak sempat.
Kali ni saya terbayang2 wajah Kak Na, rezeki, dia nampak saya dan berhenti depan rumah arwah atuk.
Dia lebih senang sekarang, ada kereta sendiri, ada kedai sendiri. Alhamdulillah.

Baru nak menulis ramai yang jeles. Haih..




Rabu, 12 September 2012

Selamat Hari Raya





Walau pun dah lama berlalu, saya tetap nak tepek jugak post sempena Hari Raya 2012.
Ni Raya ke 2 di Teluk Intan Perak.

Anak2 saya dan sepupu mereka yang semua sama baya, masing2 ada 'kembar'. (3 , 4, 6 tahun).
Yg ke 4 ni saja takdak geng sebab kak ipar takut nak bersalin lagi , semuanya operate, jarak masa pun dekat2.

Suami saya  dan kakaknya (akak ipar saya), kahwin pada tahun sama.
Ikut orang Perak (sesetengah mungin, saya diberitahu macam tu), kalau adik beradik kawin pada tahun sama, kemungkinan akan dapat anak sama2, kalau tak dapat,, takkan dapat terus.

3 tahun kami menunggu untuk dikurniakan anak sulung.
Saya sibuk dengan treatment saya kerana ada masalah kesuburan, jadi tak hairan kalau ambil masa 3 tahun.
Tetapi kakak ipar dan suaminya takde apa2 masalah, pun ambil masa 3 tahun untuk anak sulung.
Tiba2 terpregnant bersama. Due date untuk anak sulung kami cuma beza beberapa hari saja.
Macam betul je kan cakap2 orang tua2 kat Perak tu.

Due date ke 4 saya dah dekat, pejam celik pejam celik nanti sampailah masanya.
Saya dah berdebar2, takut, tapi nak semayang hajat supaya senang bersalin tak buat2 jugak.

Husband kawan saya setiap malam semayang hajat untuk wife dia supaya senang bersalin.
Kalau hujan malam Jumaat  dia akan tadah air hujan dan baca Quran bagi minum dekat wife nya.
Hasilnya, kawan saya  bersalin sangatlah senang, tak sakit pun.
Pecah ketuban, tunggu masa dengan muka rilek, tau2 dah nak meneran.
Tu tak kisah bersalin sampai 7 orang.

(Husband saya pun buat jugak, tapi bukan untuk saya, untuk anak dalam perut.
Tiap kali saya pregnant dia akan puasa 2 hari untuk anak yang bakal dilahirkan. He....-nak jugak dia cerita-).

Tu cerita orang. Cerita versi saya yang banyak dosa memang la lain.
Mintak2lah  anak ke 4 ni saya lebih matang la kot, tak kalut sangat kalau sakit.
Kalu dulu sibuk mintak nak operate . Punyalah tak tahan tanggung sakit. (ish ish...teruk betul..).
Orang lain yang operate sibuk kesal sebab tak rasa sakit bersalin, saya pula terbalik.
Setakat yang saya dengar, saya sorang je tak tahan sakit sampai mintak operate. Mengada betul.

Doakan semuanya dipermudahkan.
Mintak maaf semua kalau ada terlebih terkurang dalam penulisan blog ini.
Sobs..


Sabtu, 11 Ogos 2012

Petua Imam Al Ghazali Mencari Malam Lailatul Qadar

                      


Imam Gazali dan lainnya ada menyebut bahawa malam Lailatul-Qadar boleh diketahui dengan meneliti satu hari bulan jatuh pada hari apa? Sekiranya satu hari bulan pada hari ahad atau hari rabu maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh sembilan.
Sekiranya satu hari bulan hari isnin maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh satu.
Sekiranya satu hari bulan pada hari selasa atau jumat maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh tujuh.
Sekiranya satu hari bulan pada hari khamis maka Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh lima.

Sekiranya satu hari bulan hari sabtu maka Lailatul-Qadar malam yang ke dua puluh tiga.
Berkata Syeikh Abu Hasan Syazili selama baligh aku, aku tiada luput malam Lailatul-Qadar dengan menguna kaedah (cara) ini
Lihat jadual dibawah
No
Awal bulan hari
Lailatul-Qadar pada malam
1
Ahad
29
2
Isnin
21
3
Selasa
27
4
Rabu
29
5
Khamis
25
6
Jumat
27
7
Sabtu
23


Seorang yang dapat berbuat ibadat pada malam Lailatul-Qadar seolah-olah dia sentiasa beribadat selama lapan puluh tiga tahun. Orang yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
Mertabat yang paling tinggi menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan pelbagai ibadat sepanjang malam, seperti sembahyang, membaca Al-Quran dan berdo’a.
Mertabat pertengahan menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan menghidup separuh malam dengan pelbagai ibadat.
Mertabat yang paling rendah menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan sembahyang isyak berjemaah, dan azam hendak sembahyang subuh berjemaah.
Fadilat malam Lailatul-Qadar tidak tertentu pada mereka yamg mengetahuinya tetapi hasil fadilat malam Lailatul-Qadar bagi mereka yang menghidupkannya walaupun mereka itu tidak mengetahui malam itu malam Lailatul-Qadar.


                     

Rabu, 1 Ogos 2012

Ntah apa2 lah kamu ni..

Pokok kat negara orang...rasanya.

Minggu lepas (cerita tak best yang dah basi), saya tengok slip gaji kawan saya, lagi muda setahun dari saya.
Dia pun tak kisah nak tunjuk.
Wow..terkejut den.
Gaji dia lebih 2K dari saya.
Mak ai...banyaknya tu.. bagi saya.
Dia keje 11 tahun, saya nak masuk 8 tahun.
Takdela banyak beza sangat pun tahun tu, tapi sebab dia dah DG 44.

Patutla kawan2 yang lagi muda dan DG 44 ni pantang cuti asyik berjalan saja, ada yang tour Europe lagi,
(kalau tambahan suami pun kerja bagus juga).
Saya ni Sabah Sarawak pun belum pernah jejak lagi.
Teringinnya nak berjalan2 tengok negara orang.
99.9% kawan2 saya semua pernah ke luar negara.
Tinggal saya seorang lap air mata kempunan.
Tengah bawa perut sorang lagi, lagi la harapan tinggal harapan.
Sobs..
(Takdela kempunan sangat sebenarnya-ayat cover jeles)

Syukurlah dapat bonus.
Menggunakan perbankan internet, saya main klik klik klik saja bayar hutang kad kredit tu kad kredit ni, dan hantar kampung, tak pikir pun cukup ke tak nak guna sampai hujung bulan ni.
Pejam mata saja.

Tiap2 hari bukak puasa beli. RM25 setiap hari. Nak masak letih dan  tak berbaloi kosnya.
Kena jugak pikir untuk budak2 tiga orang tu. Semua selera lain2. Tu tak kuasa nak masak.
Semalam beli sup daging untuk saya berbuka, daging 5 hiris, RM5.
Mahalnya, tetapi lagi baik dari saya balik sekolah, siang daging, hiris daging yang mahal harganya yang kalau di beli mentah, takkan habis di masak , lama2 membeku hilang rasa daging dalam peti air saja.
Buang akhirnya. Membazir gak namanya tu.
Er..asyik beli je, cukup ke duit saya sampai hujung bulan ni..

Post tah apa2 lah kamu ni.....


Ahad, 22 Julai 2012

Sawan Demam



Apakah sawan
sawan terjadi apabila impuls elektrik otak berlaku di luar kawalan mengakibatkan
-kekejangan otot
-mata terbeliak (uprolling)
-mulut berbuih
-kancing gigi
-tidak sedarkan diri
dan lain2


Apakah sawan demam
 Ia adalah sawan yang berlaku disebabkan demam pada kanak2 yang berumur 6 bulan hingga 6 tahun.
sawan terjadi apabila
-suhu badan melebihi 38 C
-biasanya pada hari pertama atau kedua demam tinggi.

Bagaimana anda mengenal sawan demam?
-Demam tinggi
-Kekejangan badan dan kaki
-Sentakan berulangan pada kaki dan / atau tangan.
-Mungkin terjatuh.
-Mulut berbuih
-Terkencing / terkeluar najis
-Tidur dan tidak sedarkan diri seketika.
-Kebingungan seketika / pening apabila terjaga tetapi menjadi aktif semula seperti biasa selepas beberapa lama (kadang2 hingga setengah hari)

Apa yang harus anda lakukan
-Lakukan mandi berjelum
-Tanggalkan pakaian atau pakaikan baju yang nipis sahaja
-Berikan paracetamol sebagaimana diarahkan
-Galakkan meminum banyak air masak
-Pasangkan kipas angin atau adakan pengudaraan yang baik.

Ketika sawan
-Anda harus bertenang
-Mengirigkan anak anda ke sisi
-Jauhkan barang2 berbahaya sekitarnya
-Jangan letakkan apa2 di dalam mulut
-Jangan tinggalkan anak anda sendirian
-Sekiranya sawan berpanjangan selama lebih 15 minit, bawa ke hospital dengan segera.
 Sawan perlu dirawat dihospital bukan di klinik.
-Kadang2 doktor akan memberi ubat yang dipanggil 'rectal diazepam' untuk dimasukkan ke dalam punggung anak sekiranya sawan lebih dari 5 minit

Sebab2 sawan
Kebanyakannya berpunca daripada
-Jangkitan bahagian atas saluran pernafasan
-Atau jangkitan telinga (ototis media) dan lain2

Bolehkah sawan berulang?
Ya. 30 % sawan demam boleh berulang

Adakah sawan demam boleh mengakibatkan kecacatan otak?
Tidak. Kecuali apabila sawan melebihi 15 minit.

Adakah ia keturunan?
Ya. Sekiranya terdapat ahli keluarga yang pernah mengalami sawan demam semasa kecil, risikonya adalah tinggi.

Adakah ia boleh mengakibatkan epilepsy?
hanya segelinitir kanak2 yang mendapat sawan demam berulang2 dan berpanjangan berkemungkinan mendapat epilepsy.



Walaupun Hafiy dulu dapat sawan bukan sebab demam tinggi, saya tulis juga maklumat ini sekadar untuk panduan. Untuk yang tiba2 dapat sawan, bukan demam, boleh rujuk page dr muna.

http://drmuna.wordpress.com/2009/11/17/sawan-atau-kejang-otak/

Jumaat, 20 Julai 2012

18sg

Hafiy dan Akif suka mengusik/ membuli antara satu sama lain.
Terlampau kerap , saya jadi maleh jugak melayan, last2 amik ayat ayah dia." Nanti ibu ikat kat pagar"
Baru lah sesiapa saja yang tegah menangis dibuli tu akan diam.

Tadi balik dari hantar abang2nya ke sekolah,
Akif dan saya golek2 berdua. Sambil golek2 , dia suka gosok2 dan cium adiknya di dalam.
Akif tanya sambil gosok2 " Bu, sape wat pewut ibu nih?" (buncit)
" Ayah" Saya menjawab malas.
" Nanti adik ketuk ayah"-balasnya.


hehehehe...Kalau cakap ikat kat pagar kan lagi bagus.

Rabu, 18 Julai 2012

Sekolah jenis kebangsaan memang patut dimansuhkan.

Hampir dua tahun saya mengajar di sekolah yang nisbah pelajar Melayu, Cina dan India hampir sama ramai.
Saya dapati pelajar Cina dan India susah menerima ilmu pelajaran , serta tidak tahu mencerna ilmu  yang diterima.

Pelajar Cina 
Pelajar Cina hanya menyerlah di satu kelas paling hadapan. Kelas ada 17,  jadi cuba agak yang tidak menyerlahnya berapa ramai.

Mereka pergi ke sekolah seperti tiada tujuan.

Kalau yang nakal, asik nak ponteng, bising, bercakap mengalahkan suara giant, suruh menulis pun taknak. 
Yer la..dah dia tak paham apekebendanya, dia nak nulis buat apa.
Menulis taknak,  dengar taknak, asik happy memanjang, borak makan borak makan, badan masing2 ya Allah..lemak sana sini.
Bukan mengata tetapi selalunya yang malas menulis tu badan dia gemat sangat.

Kalau yang baik, rajin, cuma sekadar menyalin bulat2 yang cikgu suruh.
Nak cari jawapan sendiri jauh sekali.
Mereka tidak tahu apa yang didengar dan dibaca.
dan lebih parah, ramai yang tak pandai membaca.
Kalau yang pandai sedikit pun, tidak tahu nak mencari isi penting atau jawapan kepada soalan.

Mereka bukan malas belajar sebab dah kaya.
Ramai yang miskin, atau hidup sederhana, berbanding Melayu atau India.
Tetapi sebab tidak faham, dan dari kecik hanya terdedah kepada bahasa mereka, sudahnya bila umur 13 tahun, datang ke sekolah seperti kanak2 tadika. Main dan makan sahaja.
Dan menyumbang kepada masalah disiplin.

Berada di persekitaran mereka sahaja, dan tidak bergaul dengan bangsa lain terutamanya Melayu, cuma meluaskan jurang pemisah antara kaum.
 (antara masalah, tetapi sebenarnya kalau pelajar nakal, dengan Guru bangsa Cina pun mereka lawan juga. Dengan muka ala samseng, badan lebih besar dari Cikgu dan sikap mereka yang tak makan saman,kadang2 agak menggerunkan. Saya rasa mereka tak teragak2 nak tendang perut saya )
Ramai yang ponteng sekolah di pertengahan tahun. Kerja di bengkel2 motor dan tempat2 lain, yang tak perlu guna minda sangat,

Anggapan sesetengah orang bahawa Cina pandai, salah sama sekali. Kalau dalam kelas ke 2 sampai hujung, mereka ketinggalan berbanding pelajar Melayu.

Salah siapa ni ?


Pelajar India
Pelajar bangsa India kebanyakannya lebih faham dah lebih maju dalam pelajaran, berbanding pelajar Cina. dan mereka lebih menghormati guru , kadang2 sikap mereka lebih baik dari segelintir pelajar Melayu.

Kalau yang nakal, hanyalah kerana mereka lambat matang berbanding pelajar Melayu dan Cina.
Jika dimarah kerana sikap nakal mereka, mereka cuma sengih2, minta maaf, tidak memberontak tendang kerusi dan tunjuk betapa mereka tidak takut langsung dengan guru. (Bukan nak suruh takut, tetapi sesetangah pelajar yang hard core, memang memandang rendah terhadap guru)

Kawan kami patah tulang kaki kerana pelajar tolak meja, jatuh atas kakinya lepas dia marahkan pelajar tersebut. -selingan.


Penutup
Saya tak sabar menunggu bila kerajaan nak mansuhkan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.
Cina dan India tidak akan lupakan Bahasa mereka.
Satukan semua kaum di bawah satu bumbung dari mereka kecil lagi.
Bahasa Ibunda tidak perlu dilupakan.
Masih boleh diadakan macam sekolah menengah.
Ada kelas bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
Saya rasa dengan cara ini, semua kaum dapat ilmu sama rata dan lebih adil.
Jurang perkauman juga dapat dirapatkan.

Selasa, 17 Julai 2012

Kepitaman rutin

Nak pitam rasanya.
3 orang keluarkan buku untuk buat homework.

Mulut semua sibuk tanya tu ni. Dah jawab pun tanya lagi.
-ni warna biru ke?Ibu!Ibu! Ni kaler biru ke?Ibu!!!!!!!!!!!!!!
Jawab pun tanya lagi.

Nak jawab soalan Ezzam lagi yang kerja rumahnya 10 ms.
Belum lagi pandai membaca, disuruh buat kerja rumah yang banyak saja, standard budak darjah 1 / 2., bukannya diajar suruh pandai membaca. Nak diajar membaca di rumah dan tak buat homework, risau dimarah pula. Tapi saya tetap ajar kalau ada masa.

Akif mengamuk tanya tu tanya ni dengan buku dia.
Last sekali dia memekik. Nak masak!Nak masak!Nak masak.
Tak berenti-renti.
Argh..! Tensennya nak perabis seround kerja rumah.

Harap2 terima mesej ajaib dari ayah derang.
"Dah ada di kl"-ngigau.