Khamis, 1 April 2010

Borak kosong

Aku ke udara lagi..maksudnya kena tinggal lagi la ni. Hubby ke Kuantan lagi. Nak update blog sesaja menghilangkan gian jejari megetuk keyboard. Nak bercerita aku memang tak reti nak bercerita wat karangan gini..(ngan mulut bulehla potpetpotpet)....(Hahahha..padahal...kalu orang lain leh citer pasal masakan..aku takleh sebab malas masak..hhehhehe..)

Nak cakap ape ye..owh...untuk catatan..Hafiy baru baik dari lelah yg memaksa aku angkut dia ke klinik kul 4 pagi, nasib baik ade adik yg teman. Akif kena Hand Foot n Mouth Desease, tapi tak nangis.syukurr. Ni baru balik dari klinik amik ubat untuk dia. ..an Ezzam demam..dia pun tak banyak merengek sangat. Alhamdulillah..syukur..buleh la aku rehat depan komputer ni..

Jumaat, 26 Mac 2010

Rindu?..ceh..perasan.

Assalamalaikum..
Hehe..perasan aku nih. Lamanya tak update blog..maklumla hubby dah balik..takleh terkantoi ngan dia aku ade blog sendiri...nanti kena 'bedil' macam-macam.

Banyak yang nak ditulis dan di upload gambar-gambar budak terutamanya Akif yang tengah berkembang (bukan bodi) tapi takde kesempatan..malam ni buleh jengah sekejap sebab hubby ke Kuantan outstation 5 hari..huhu..aku selalu kena tinggal sejak dia balik dari Syria.

Oh ye..aku dah kembali tinggal di rumah Rawang, tak lagi di Selayang rumah kawan aku tu.(tq so much to Kak Ah..heheh.nama panggilan dia pun Ah jugak.)

Kembali ke Rawang maksudnya hidup aku kembali haru biru..Kena tinggal Akif di rumah orang, hafiy n ezam di nurseri..penat woo...nak ngantar tu...adoi..selalu gelepar2 je bebudak tu. Dah la jarak ke sekolah jauh...adoi..banyak songeh betul aku.

Dah 3 hari hubby ke Kuantan, sunyinye aku rasa..dah la hubby takde..mak dah balik Kelantan sebab nenek meninggal, anak sepupu yang jaga anak-anak dah balik sebab PLKN, phone rosak, broadband kena block,(hehhe..tak bayor sebab kedai celcom jauh), streamyx takleh guna sebab port rosak, HUH..lembab betul aku...malam ni bari terpikir ade dial up..pesal la tak ingat..kalu tak malam-malam leh online..ni nak online surf blog-blog kawan-kawan.babai.

Khamis, 4 Mac 2010

Kepulangan yang dinanti

Ezam dah kembali...happy je dia dok rumah ni. Sekarang kalau tanya nak dok ngan ibu ke ngan Mak Long dia akan jawab nak dok ngan ibu..sejuk hati aku..Hafiy pun happy je main ngan abang dia.

Mencari cinta..
Hubby yang sepatutnya balik 20 Mac percepatkan tarikh balik 6 Mac, sampai KLIA 7 Mac.

Seminggu lalu..

Seminggu lalu..lebih kurang masa ni jugak..kul 1230 mlm...
Tengok nafas Hafiy pendek2..turun naik..macam semput..tuannya tidur..aku gundahh..sebab dah pernah rasa semput,seksa..

Ajak adik turun ke klinik..(Adik tengah sakit dan tak larat) dia kendong Akif yang baru nak tido,,arghhh..kereta lak bateri kong.....Naik semula atas rumah. Tengok Hafiy semula..makin teruk berguling-guling takleh nafas..takleh jadi, turun sensorang semula..tawakkal je semoga ada orang yang boleh tumpangkan aku ke klinik. Adik n Akif tinggal di rumah.Nasib baik ade 2 remaja Cina yang nak keluar beraya ,dengan senang hati hantar aku ke klinik 24j, dorang siap tunggu n hantar balik semula. Siap diberi oksigen..Hafiy dapat tido lena.

Kul 4 pagi, Hafiy semput lagi..kendong lagi turun ke bawah..nak tumpang sape lak pulak..nangis aku mintak tolong jaga hantar, dorang buleh duduk kat kerusi pandang depan macam aku tak wujud.(Dorang takut kena buang keje). Hafiy nangis bagai nak rak. Kalu takde anjing kat jalan memang aku jalan kaki gi klinik. Nasib baik ade budak lalu masuk kawasan parking, aku mintak tolong dia hantar. Hafiy ok sikit lepas diberi oksigen. Balik doktor yang hantar.

Call kawan mintak tolong hantar ke Hospital Selayang. Aku takut kejadian berulang, lagipun sepatutnye lepas sedut, tahan 6 jam kata doktor,tapi untuk Hafiy tahan 3 jam je.
Doktor Hosp Selayang reject, sebab Hafiy nampak ok je..(baru diberi oksien memang le ok).

Aku, adik, Hafiy n Akif ke rumah pakcik di Shah Alam sebab Adik tak berapa sihat, sedangkan Akif n Hafiy perlu dijaga. Kul 3 ptg gi sedut lagi di klinik. Alhamdulillah, Hafiy nampak makin ok dengan ubat-ubat klinik tu. Doktor suruh ulang lawatan pada malam tu jugak. Aku ulang lagi dari Shah Alam ke Rawang. Tq pakcik n makcik yang menolong aku time aku sangat memerlukan bantuan. Hati ku tersentuh bila dokt  n staff tanya 'mana ayah dia?'.

Khamis, 25 Februari 2010

Ahad, 21 Februari 2010

Percutian yg memeningkan.

Si kecik yg demam memanjang dari PD lagi..aku takleh 'bercuti" sangat sebab Akif demam tinggi..malam2 aku tak tido sangat jaga si kecik ni. Hafiy pun apa lagi..si kecik teriak dia pun join sama.pening malam-malam. Hari ni baru lena sikit.

Sabtu, 20 Februari 2010

Cuti-cuti @ PD


Usha-usha dulu line clear tak nak turun mandi laut.
Akif tak sabar2 nak terjun nampak...


2nd day. Aik..hehe..muka Hafiy mcm baru bangun tido jer..memang
pun,sebab nak mandi kat laut.Ni pic kat Bali Garden

Posing dulu sebelum mandi . Bali Garden

Posing lagi..

Mandi kolam


Kes amik gambar senirik..sebab tu 'menjadi'


Lepas mandi laut terjun ke dalam kolam lak..Cik Nor n Hafiy


Peace..Hafiy menggelupur tanak kuar dari kolam lepas tu..takde
peace-peace dah..

Lepas tu naik bot round kawasan tu kejap..sayangnya bateri HP abiesss...Akif n Hafiy tido kat atas bot yang melambung2. Aik..

Selasa, 16 Februari 2010

Malam yang tak pernah sunyi...

Night view from my (my??) new house.

Malam ke pagi bunyi ketung ketang ketung ketang bangunan sedang dibina,
berselang bunga api, best jugak rupanya hidup tengah bandar ni. Rase macam
nak beli je rumah ni, macam banyak duit..

@ Taman layang2 Kepong


Cik Nor tengah control ayu..Akif menggelupur nak turun.


Cam ni lah keadaan seantaro padang..penuh ngan manusia..kalau dongak atas..penuh
ngan layang-layang..meriah sungguh!

Khamis, 11 Februari 2010

Hai

Lama tak ke udara. Aku cuba upload gambar suasana sekeliling rumah tempat tinggal sekarang tapi takleh, something wrong ngan bluetooth ke ape tak pasti. Malam tak pernah sunyi dan tak pernah gelap sepenuhnya. Aku tenang di sini..(heheh..padahal dok umah orang)

Aku dah mula keje macam biasa, kaunselor sekolah yang baik hati offer aku dok rumah miliknya yang berdekatan dengan sekolah (setel masalah takut balik malam) sementara hubby balik dari sanun. Tq kak , jasamu hanya Allah yang dapat balas..and ani, (kaunselor jugak )tq atas keprihatinan mu. Cikgu2 lain jugak..semua baik hati (tak perlu kecik ati klu terjumpa blog ni, dan aku tak sebut , takut nanti nama2 cikgu situ glemer pulak)