Ahad, 31 Januari 2010

Kesan cakaran lipasss..(tikus takde umah ni)

Bekas gigi sape nih gini. Adakah otak aku mereng gi gigit bekas air doa ni jadi gini.

Servis keta jap

Tengah tinjau keta dah siap lum...

Syok dok atas terung gergasi

Ezzam n makwe


Sori yerk...rambut gua memang stail gini



Membuat bising di dalam Perodua Servis..anak sape la nih!!!
Gambar tahun lepas masa aku walafiat..


Selasa, 19 Januari 2010

Ya Allah...sembuhkanlah penyakitku ini...

Hari ni sebelum ke sekolah aku ke rumah Ustazah Shamsiah ni Seksyen 20 untuk berubat. Scan2, tetiba pandangan jadi terangggg...katanya aku terkena kat sekolah. Benda dari sekolah ikut aku balik. (Aku hari tu lum habis pantang dah merayap ke sekolah...then ke rumah mak mertua aku yang tengah sakit misteri-Al- Fatihah untuk Ibu mertua yang telah kembali ke rahmatullah pada 10 Disember 2009).
Aku tak kisah sgt tentang punca..mungkin semua tu betul, dari yang Ustaz Dasuki cakap sampai
ke Ustazah Shamsiah. Sebab badan aku lemah dalam pantang..macam2 benda buleh terkena. Aku rasa muka aku kena koyak masa lebih kurang hari 10 pantang. Masa tu lum kuar ke mana-mana lagi. Ntah...serah pada yang Esa. Yang penting aku sembuh.
Ke sekolah..kepalaku bingaii...banyakkk sgt keje menanti.

Isnin, 18 Januari 2010

Ezzam @ myschool

Ralitnyee...



Notebook saper tu.....

Huh!!Meleleh ir liur godek Ben 10. Tq Kak Mas for the pics n notebook. :)
Gambar-gambar Ezzam sebelum cuti sekolah ritu. Jumpa ni dalam fesbuk Kak Mastura.


Khamis, 14 Januari 2010

Kembali kerja, Insya Allah

Rasa macam makin baik je 2, 3 hari ni. Selalu lepas Asar rasa lembikkk je kaki, lemah dan ketakutan.

Plan ke sekolah utk kembali keje Isnin depan. Akan cari rumah sewa berdekatan sekolah. Aku fobia keluar Maghrib. Selalu sampai rumah kul 7.45 malam, jam di tengah Hutan Lipur Kancing.

Isnin, 4 Januari 2010

Bau wangi..kenape yer..?

Ustaz datang malam dengan kawannya. Katanya gangguan rumah aku kuat. Sessi perubatan sekali lagi. Keadaan aku sama macam sebelumnya. Takde perubahan. Ustaz pulak dah tak balas mesej aku, bz agaknya, maklum dia pun mengajar.

Malam, suara macam menyergah aku, seriau sekejap, bengon la benda ni. Terkejut badak aku.

Kadang hidung terbau macam kayu, tapi bau pelik. Kalu kat kampung aku selalu terbau bunga melur, kadang minyak wangi bekas bibik aku (bekas sebab aku da anta dia balik..).

Isnin, 28 Disember 2009

Meremang...

Hari ke 3 lepas Asar, lepas aku mandi, Akif asyik pandang ke satu sudur dapur, pusing badan ke arah lain dia padang situ gak.

Anak sepupu yang datang dari kampung untuk jaga baby, meremang tetiba, selama ni dia amat berani, sampai cakap nak kacau , kacau la. Muka dia pucat, adik aku lembik tetiba. Call Ustaz tak dapat.

Sepanjang aku dok sini, setiap kali baca Quran aku rasa macam badan, kadang muka kena tiup2, sejukk....

Ahad, 27 Disember 2009

Di sihir dan tapak rumah keras

Ustaz baca beberapa potong al Quran, katanya aku disihir dan tapak rumah pun keras.

Masa ustaz cuba ubatkan aku dapat rasa sesuatu turun ke kaki, tapi tak keluar. Aku di suruh mandi air limau 3 biji sebelum Maghrib, lepas mandi minum air limau, selama 7 hari.

Sebelum Maghrib, adik lelaki aku kena balik lada hitam setiap penjuru rumah, dan malam ke 8 lepas pukul 12 mlm kena pagar rumah dengan garam. Pesannya, jangan pagar selagi ada rasa takut dan baby tengok penjuru.

Jumaat, 25 Disember 2009

Balik kl

Balik kl untuk meeting guru akhir tahun.

Sepanjang di Kelantan aku bukan boleh tidur, kalu tido awal, kul 12 mlm automatik bangun, lepas tu takut-takut rasa macam ade sesuatu. Risau nak balik KL macamana. Tap balik jugakk..

Masih rasa tak sedap badan. Dan automatik kul 12 mlm terjaga.

Penolong Penyelia Petang bagi no telefon Cikgu Kamisan.

Aku call. Dia akan datang ke rumah. Sediakan lada hitam 500g, garam 4kg, air mineral 5 botol, limau nipis 21biji.

Khamis, 10 Disember 2009

Kembalinya mertua tersayang ke rahmatullah

Hari ini mertua kesayangan, kembali ke rahmatullah setelah 5 hari dalam ICU. Kul 4.00pg. Aku di Kelantan. Tolak ke KL pagi buta ngan ke airport, dapat tiket kul 8.30am. Mertua menderita di akhir nyawanya. Semua organ dalaman rosak (Kerana buatan orang?wallaualam) Hanya Tuhan yang tahu betapa aku sedih dan terkilan kerana tak dapat jaganya di saat2 akhir nyawanya., disebabkan keadaan aku yang tak menentu ni. Aku baru plan nak jaga dia nanti sekolah bermula tahun depan. Kita hanya merancang Tuhan menentukan.AlFatihah..