C N P
REMEDI KURUS & PELANSINGAN
Terbaharu, kita dihebohkan dengan penemuan bahan terlarang di dalam ubat kurus dan pelansingan.
Hal ini sebenarnya sudah lama menjebak industri ubat-ubatan kurus dan pelansingan dari sejak ianya mula dikomersialkan.
Adapun, sang faqir ingin berkongsi remedi(ramuan) alamiah untuk ikhtiar bagi masalah kegemukan atau berat badan berlebihan.
Bahan yang sang faqir kongsikan adalah bahan yang mudah diperolehi, senang diamali, dan mujarab secara alami, insyaALLAH.
REMEDI UNTUK MENGURANGKAN & MENGAWAL BERAT BADAN
Bahanannya adalah :
Madu Lebah
Kurma
Minyak zaitun
Cuka epal
Minyak Habbatus sawda'
Kurma
Minyak zaitun
Cuka epal
Minyak Habbatus sawda'
Kaedahnya:
Sebelum tidur malam - Madu lebah 1 hingga 3 sudu besar + Cuka Epal 1 hingga 3 sudu besar, dicampur ke dalam secawan air 100ml.
Diminum sebelum tidur. Pastikan tiada pengambilan sebarang pemakanan berat atau ringan sejurus selepas minuman ini diminum. (Sebaik mungkin cuba pastikan membuang air besar sebelum sarapan)
Diminum sebelum tidur. Pastikan tiada pengambilan sebarang pemakanan berat atau ringan sejurus selepas minuman ini diminum. (Sebaik mungkin cuba pastikan membuang air besar sebelum sarapan)
Selepas Bangun Dari Tidur (Sebelum sarapan) - Madu Lebah 1 hingga 3 sudu besar + Minyak Zaitun (EVOO) 1 hingga 3 sudu besar (15ml) + Minyak Habbatus Sawda' 1 hingga 3 sudu kecil (5ml), digaul kesemua bahan ini dalam satu cawan atau piring, kemudian ditelan. Tidak digalakkan berlapikkan air, air diminum setelah 15-20minit bahan di atas di telan.
Semasa Sarapan - Displinkan diri memakan kurma sekurang-kurangnya 7 biji dan segelas air putih 200ml.
Selepas Makan Tengahari - Ulangi langkah seperti sebelum tidur.
Sebelum Maghrib - Minyak zaitun (EVOO) 1 hingga 3 sudu besar, di telan.
Malam sebelum tidur, ulangi langkah seperti yang tertera di atas.
Nisbah setiap bahan, 3 sudu minyak zaitun = 1 sudu madu lebah. 1 sudu madu = 1 sudu kecil pati Habbatus Sawda'.
Tempoh pengambilan remedi ini bergantung kepada tahap kegemukan dan masalah berat badan individu. Sebaiknya diamalkan secara konsisten.
Dalam tempoh masa 14 hari, insyaALLAH akan diperlihatkan kesannya.
Dalam tempoh masa 14 hari, insyaALLAH akan diperlihatkan kesannya.
Berat badan akan menurun secara yang alami tanpa ada kemudaratan. InsyaALLAH.
Elakkan atau kurangkan pengambilan minuman sejuk dan berkarbonat serta kafein. Kurangkan memakan daging pada waktu malam. Aktifkan diri dengan riadah, walaupun riadah ringan. InsyaALLAH, semoga ALLAH memudahkan segala urusan.
Bakal menyusul post berkaitan Remedi Masalah Selulit (wanita) dan Remedi Masalah PJK (perut jalan ke depan) bagi lelaki. InsyaALLAH.
* Remedi ini juga sesuai untuk penderita migrain, insyaALLAH.
*Ramuan di atas SESUAI untuk penderita gastrik dan TIDAK SESUAI untuk ibu hamil