Jumaat, 26 Mac 2010

Rindu?..ceh..perasan.

Assalamalaikum..
Hehe..perasan aku nih. Lamanya tak update blog..maklumla hubby dah balik..takleh terkantoi ngan dia aku ade blog sendiri...nanti kena 'bedil' macam-macam.

Banyak yang nak ditulis dan di upload gambar-gambar budak terutamanya Akif yang tengah berkembang (bukan bodi) tapi takde kesempatan..malam ni buleh jengah sekejap sebab hubby ke Kuantan outstation 5 hari..huhu..aku selalu kena tinggal sejak dia balik dari Syria.

Oh ye..aku dah kembali tinggal di rumah Rawang, tak lagi di Selayang rumah kawan aku tu.(tq so much to Kak Ah..heheh.nama panggilan dia pun Ah jugak.)

Kembali ke Rawang maksudnya hidup aku kembali haru biru..Kena tinggal Akif di rumah orang, hafiy n ezam di nurseri..penat woo...nak ngantar tu...adoi..selalu gelepar2 je bebudak tu. Dah la jarak ke sekolah jauh...adoi..banyak songeh betul aku.

Dah 3 hari hubby ke Kuantan, sunyinye aku rasa..dah la hubby takde..mak dah balik Kelantan sebab nenek meninggal, anak sepupu yang jaga anak-anak dah balik sebab PLKN, phone rosak, broadband kena block,(hehhe..tak bayor sebab kedai celcom jauh), streamyx takleh guna sebab port rosak, HUH..lembab betul aku...malam ni bari terpikir ade dial up..pesal la tak ingat..kalu tak malam-malam leh online..ni nak online surf blog-blog kawan-kawan.babai.

Khamis, 4 Mac 2010

Kepulangan yang dinanti

Ezam dah kembali...happy je dia dok rumah ni. Sekarang kalau tanya nak dok ngan ibu ke ngan Mak Long dia akan jawab nak dok ngan ibu..sejuk hati aku..Hafiy pun happy je main ngan abang dia.

Mencari cinta..
Hubby yang sepatutnya balik 20 Mac percepatkan tarikh balik 6 Mac, sampai KLIA 7 Mac.

Seminggu lalu..

Seminggu lalu..lebih kurang masa ni jugak..kul 1230 mlm...
Tengok nafas Hafiy pendek2..turun naik..macam semput..tuannya tidur..aku gundahh..sebab dah pernah rasa semput,seksa..

Ajak adik turun ke klinik..(Adik tengah sakit dan tak larat) dia kendong Akif yang baru nak tido,,arghhh..kereta lak bateri kong.....Naik semula atas rumah. Tengok Hafiy semula..makin teruk berguling-guling takleh nafas..takleh jadi, turun sensorang semula..tawakkal je semoga ada orang yang boleh tumpangkan aku ke klinik. Adik n Akif tinggal di rumah.Nasib baik ade 2 remaja Cina yang nak keluar beraya ,dengan senang hati hantar aku ke klinik 24j, dorang siap tunggu n hantar balik semula. Siap diberi oksigen..Hafiy dapat tido lena.

Kul 4 pagi, Hafiy semput lagi..kendong lagi turun ke bawah..nak tumpang sape lak pulak..nangis aku mintak tolong jaga hantar, dorang buleh duduk kat kerusi pandang depan macam aku tak wujud.(Dorang takut kena buang keje). Hafiy nangis bagai nak rak. Kalu takde anjing kat jalan memang aku jalan kaki gi klinik. Nasib baik ade budak lalu masuk kawasan parking, aku mintak tolong dia hantar. Hafiy ok sikit lepas diberi oksigen. Balik doktor yang hantar.

Call kawan mintak tolong hantar ke Hospital Selayang. Aku takut kejadian berulang, lagipun sepatutnye lepas sedut, tahan 6 jam kata doktor,tapi untuk Hafiy tahan 3 jam je.
Doktor Hosp Selayang reject, sebab Hafiy nampak ok je..(baru diberi oksien memang le ok).

Aku, adik, Hafiy n Akif ke rumah pakcik di Shah Alam sebab Adik tak berapa sihat, sedangkan Akif n Hafiy perlu dijaga. Kul 3 ptg gi sedut lagi di klinik. Alhamdulillah, Hafiy nampak makin ok dengan ubat-ubat klinik tu. Doktor suruh ulang lawatan pada malam tu jugak. Aku ulang lagi dari Shah Alam ke Rawang. Tq pakcik n makcik yang menolong aku time aku sangat memerlukan bantuan. Hati ku tersentuh bila dokt  n staff tanya 'mana ayah dia?'.