Rabu, 28 September 2011

pics


hoki, bukan main atas rumput tapi gelanggang lain.
cikgu sukan tu kata, 7 permainan yang dia main,  hoki paling susah.
Kagum sangat dengan my bff Za yang jadi kapten hoki USM, suatu ketika dulu.

Dekat perumahan saya ada sekawan lembu yang bikin jalan argghh..!
tapi takde la teruk sangat, pandai jugak la kira depa ni kontrol nak buang kat mana.

ahad jalan ke tasik puteri jam, nak ke open hoiuse jumpa kawan lama tak jadi,
saya ke tesco untuk bawak budak 2 orang ni main

pandai jugak dorang kontrol keta ni. gear reverse, gear 1 dan minyak-macam ada minyak- sume boleh kontrol ok le tu. gua dah tua belajar kereta tambah 4 gear je  pun terkial2






saya takde dalam gambar2 ni.

Isnin, 19 September 2011

Pukul 12-2 pagi

Ahmad : Bu, ulis ama ca'itton -tulis nama chuggington
dah tulis, -tepi, tepi. Sedapnya suruh aku ke tepi pulak.
Ezzm-bu, apasal Ahmad tu dia nak tengok semua.
Ibu : Entah, Ahmad tengok bob, Abg tengok tv, ibu tak tau nak tengok apa.-orang tua merajuk.
Ezzm : Ibu tengok tv dengan abang la.
pandai dia pujuk. Abang dah besar.

Kerjja saya pukul 12 malam ialah memandikan budak kecik ni, kalau tak, dia tak boleh tido.

Nak rebut hp. Buat2 muka manja, mengada betul dia semalam.
Asyik buat muka manja saja.

Pukul 1 pagi makan nasi, posing lagi. Mengada betul.
Dia yang posing dulu baru saya amik gambar, bukan saya suruh.

Ahad, 18 September 2011

Pukul 3 pagi

Belek 'Chuggington'
"Ibu engok"..rebut hp nak tengok gambar sendiri

"Kejapla"...cepat2 beraksi semula
'
"Ibu, engok..."


"Japla...."....cepat2 beraksi semula.
Pandai tu la berlakon tanpa di suruh, muka serius konon dicandid.

"Ibu engok..".Baru dapat tengok pic sendiri

Semalam phi makan roti canai. Akf  memang boleh masuk majlis.
Dia akan duduk saja dikerusi makan hingga suapan terakhir.
Yang lain masa kecik mana bagi peluang kat ibu nak makan2 dengan senang hati.
Lain kali kalau nak anak lagi kena plan supaya bersalin bulan Ramadhan macam Akf.
Rambut macam kena putar ribut sebab masa tu memang agak2 nak ribut,
tapi kami tak peduli, terus makan roti canai dengan cool.

Jumaat, 16 September 2011

Nak minum keropok

"Bu..atik nak minum kopok,"-Hafiy

Saya terdiam, macamana nak explain bahawa ayat yg dia guna hari ini adalah salah.

"Minum kopok?" -Ibu. Masih terpinga2, camna nak buat ayat.

Dengan cepat Ezzm nyampuk. "Adik..kopok tu bukan cair, kena makan bukan minum."
Erm, pandai jugak dia.

Khamis, 15 September 2011

Pics

Hb kirim pic ni dari Mersing. Mesti dia rindu kat wife dia
 bila tengok pemandangan macam ni.

Petang tadi, pemandangan sebenarnya adalah  sangat cantik.

Nampaknya saya kena beli apakebenda tu? DSLR?
Kamera murah2  pun dah ok le utk orang takde duit macam saya ni.
Susah betul nak pinjam kamera orang tu walaupun dia ada 3 bijik kamera.
Rasa nak lari dari majlis tadi bila nama pelajar yang dipanggil tak sama dengan sijil yang sudah diatur. Partner yang sorang lagi cuti pulak.

Hujan

430 petang alam dah gelap gelita. 640 ptg loceng balik, keadaan makmal gelap, hingga saya terpaksa minta pelajar tunggu saya,
-tunggu cikgu, cikgu takut-heheh...memalukan betul, tapi baik cakap macam tu dari takut terketar2 sebab makmal berada hujung dunia, mana nak pegang buku lagi, mana nak kunci pintu dua tiga lapis tu lagi. Nasib baik ada 2 pelajar lelaki yang sopan tolong tunggu dan pegang buku yang menimbun.



650 petang macam 800 malam. Nasib baik jalan tak jam. Kalau LATAR
belum siap, mau saya sampai rumah pukul 10 malam.

Menggigil dalam kereta lepas punggah bebudak 3 orang tu masuk kereta.

Rabu, 14 September 2011

Atik ayang ibu

13 Mei 2011 umur Hafiy genap 3 tahun.
Dia tak pernah sayang saya atau ayahnya.

Dari  tak pandai bercakap, bila ditanya , Hafy sayang ibu tak? geleng.
Sayang ayah tak? Pun geleng, sambil cebik, muka sedih.
Memang tak sayang sungguh la tu, nampak dari riak wajah dia.

Saya heran , dia dapat ekspresi , dan jawab dengan tepat perasaan dia tu walaupun dia masih kecil.
Kenapa dia tak ikut saja kata2 abang dia, bila saya tanya,
"Sayang ibu tak?"
"Ye..abang saaaayang dekat ibu",  Senyum.

Kerap juga saya tanya soalan yang sama, dengan harapan jawapan dia akan berlainan, dengan harapan, jawapan dia yang mengatakan dia tak sayang saya tu, untuk hari itu sahaja, mungkin saya ada marah dia hari tu kot, tetapi jawapan nya tetap sama.
"Atik tak ayang ebu..."
"Ayah?"
"Tak ayang.."

Tetapi, pada hari yang saya rasa saya baikkk...tak tinggikan suara langsung, terhegeh2 bawa mereka ke sana ke mari berjalan2, kadang tanya,
"Adik sayang ibu tak?"
"Tak...atik tak ayang ebu..." muka mesti tunduk tetap dengan mainannya, cebik, sedih.

Lepas besar sedikit, dia tambah lagi kat hujung.
"Atik tak ayang ibu, tak ayang ayoh, Atik NAK AYANG MOK....", tiap kali tanya, tu la jawapan dia.

Beberapa bulan lepas baru saya terfikir, kenapa dia tak sayang saya. Saya kaji balik sikap kami laki bini terhadap dia.

Ayah banyak bagi tumpuan kepada Abang. Abang manja dengan ayah, tak segan silu, selalu dia la yang duduk di riba ayah. Sikap manja dia selalu menawan hati ayah. Kalau Abang buat hal, ayah selalu berlembut dengannya. Dia pandai buat ayah sejuk hati.
" Abang balik kampung nanti"
"Abang taknak balik kampung!" uwaaa!!-tu yang ayah suka dengar
Sikap lain, Abang senang dipujuk, bila ditegur,..terus  jawab
"Ye! Abang takkan buat lagi"

Kalau Abang di riba ayah, Hafy cuma berlegar2 sekeliling ayah, segan..takut.
Kalau ayah tegur dia, dia tersipu2 malu. Kadang tak malu jugak, bila ayah baring dia naik atas belakang ayah, mungkin dia taknak berdepan. Dan kalau Hafy buat hal,
"Pi! Sapa nak kena ikat kaki?"
Dia tidak manja. Suka berdikari, tetapi makin besar makin mengada2.

"Jangan la sisihkan Hafy"
"Mana ada. Orang selalu layan dia macam yang lain." (Tapi kadang2 hb lagi baik dari saya, bila Hafy menangis dan minta dukung, saya tak layan, hb yang suruh layan. Entah kenapa saya nampak Hafy macam budak besar, tak nampak sebagai masih kecil, berlainan dengan Akf, dia selalu nampak kecil di mata saya)

"Pi! Tu kan abang punya"-ayah
..Le..takat amik nasi impit yang dah dipotong untuk Ezzm tu apa salahnya dia ambil sedikit.
Mampuih aku kalau ayah dia baca ni.

Saya rasa saya layan dia macam yang lain, tapi sebenarnya tak. Saya menguruskan dia sekadar sebab tanggungjawab. Jarang saya pamerkan kasih untuk dia. Kenapa? Saya sendiri tidak sedar. Hb kata saya layan Hafy macam anak tiri. Maafkan ibu sayang.

Kalau saya peluk dia, dia tendang2 perut saya sambil gelak. Rasa sakit.
Masa umur dia setahun setengah dia suka tumbuk2 belakang ayah dia, tu pun ayah dia kata sakit. Bisa sungguh tinju dia.
Kalau dia main2 kat keliling saya saya, dia putar2 rambut saya, tarik2 belakang, entah kenapa rasa sakit. Saya jadi hot.
Kalau nak bukak baju dia bergantung kat baju. Katanya nak buat hant. Lawak pulak.

Banyak lagi benda yang buat saya hot, tapi mungkin dia hanya nak perhatian saya, tapi saya tak sempat. Nak pakaikan baju dia cepat2 atau pampers dia cepat2, sebab takut Akf jatuh dalam bilik mandi, contoh. Atau sebab masa dah lewat untuk saya ke sekolah misalnya. Saya selalu buat segalanya dengan cepat untuk dia, sebab saya nak kejar benda lain. Dia jadi mangsa keadaan.

Saya jarang senyum sampai nampak gigi. Peliknya. Hari tu pakaikan seluar Ezzm, dia tengok saya sambil tersenyum..muka pelik.
"Kenapa Abang tengok ibu macam tu?"
"Ibu nampak gigi"
Ya Allah , aku tak pernah senyum lebar ke sebelum ni?

Lepas sedar kesilapan saya, selalu cuba peluk Hafy sambil cakap saya amat sayang padanya. Bila saya selesai solat, memang dia selalu terus dia meluru untuk bersalam, dan saya akan cium dia di kedua belah pipi dia sambil senyum, sambil cakap "Ibu sayang kat Hafy".
Sekarang ni, dia yang akan cium pipi saya dulu, dan cakap "Atik ayang kat ibu".

Sebenarnya, lebih kurang seminggu sebelum raya hari tu, baru saya dapat jawapan yang saya selalu tunggu,
"Atik ayang ibu..atik ayang ayah..atik ayang bibi, atik ayang abang. Ha! Ye!"
Boleh dikatakan setiap hari, tanpa saya tanya. Hati saya berbunga.

Selasa, 13 September 2011

Ahmad dah besar

Kalau ada ayahnya , Ahmad (nama gelaran bg Akf yg diberi ayahnya) selalu segan2,

 ' Bu..' ,  sambil mata jeling ayah.
  'Ahmad kan dah besar..', ayah dia jawab

Terus dia..waaaaa!!!!!!!!!!!!!!..,sedih agaknya.

Nabi kan suruh sampai 2 tahun. Ni baru berlatih nak berenti.


Kat taman ni ada penggembala lembu.

Budak2 ni suka la tengok sekawan lembu yang tengah cari rumput, sambil dikawal oleh penggembala India.
Pelik tak pelik,  kat bandar (kira bandar la gak ni, kawasan industri ni ada lembu yang banyak (30 ekor gitu)

"Ahmad nak pek?Ayah beli lembu heh?"

" Ye! Nak" jawab Ahmad dengan yakin, bersungguh nau..


Budak Kemboja 2  tahun minum susu dari lembu

Aku sedih tengok berita ni. Bagi orang lain, mungkin lucu, sebab apa , masa aku google pic ni, banyak yang buat lawak berkenaan budak Kemboja yang ditinggal ibu bapa untuk cari kerja kat Thailand ni.

 Masa tengok berita ni, aku terkedu seketika, sedih sebab Akf lebih tua umurnya, tapi masih menikmati dakapan ibu masa menyusu, sedangkan budak kemboja ni baru 20 bulan. Kasihan. 

Ni adalah kuasa Allah, sebab mak  aku cakap, lembu kalau masa2 baru lepas beranak macam ni agak garang .Kalau keadaan biasa , manusia boleh ditendangnya kalau pegi dekat.



Cian dia..

Sabtu, 10 September 2011

Saya rindukan dia, dan dia


Nampak sangat comel bila baru lepas mandi.
Saya sangat rindukan dia, nak manjakan dia.
Lepas Hafy lahir, selalu pujuk diri sendiri, hai hati..bersabarla, tunggu Hafy besar akan ku manjakan anak pertama ku ini pula, bersama2 Hafy.
Akif pula hadir,
akhirnya Abang membesar tanpa tanpa perhatian yang cukup dari ibu.
Kesian Abang..
Kata2 dia setiap hari adalah .."Abang sayang kat ibu", dengan mata yang bersinar2


Cepat2 suruh ibu balut dia dengan tuala juga dan paksa ibu amik pic dia pula,
padahal sebelum ni dah bogel, tarik2 towel atas lantai,
 bila ibu nak ambik sidai dia lari sambil tarik towel keliling rumah.
Bahasakan diri dia adik, dan Akf, bibi.
Keligatan dia kadang2 buat saya hilang sabar.
Dia di depan mata saya tetapi saya rindu nak memanjakan dan memeluk dia.
"Sayang ibu tak?"
"Tak, tak ayang ibu, tak ayang ayah, atik nak ayang mok..."




Matahari

Cantik kan..matahari itu...matahari lagi..tapi sangat cantik. Tak boleh tahan nak snap,
tambah2 kalau matahari yang merah, bukan kuning, bukan oren, tapi merah.

Ni pun matahari juga..salah satu.

Rabu, 7 September 2011

Ngeri

Semua seronok nak pegi mandi manda di Jangguk.
Semalam pujuk dia jalan2 taknak.
Hari ni pujuk dia phi ai tejun nak. Yess!
Seperti biasa dia suka parking keta jauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh dari tempat yang nak pergi. Parking dekat2 banyak lagi yang kosong. Lenguh kaki tau tak .Hot aku.
Tempat pertama penuh budak2 dah mak bapak.
Mak cakap naik atah nun la..cantik...so naik..
Anak buah lelaki 2 orang terus terjun tiruk. Adik bujang terjun. Adik yg dah jd bapak orang terjun, tinggal anak dia kat atas ngan saya n family. Semua dok ukur kedalaman tempat tu, memang dalam sesangat.
Saya n hb cuma tengok saje. Adik perempuan , mak saya dan 2 anak buah perempuan  pun tengok saja.
Pastu bapak orang tu naik atas, berkira2 nak bawak kami yg ada anak kecik, dengan anak dia ke tempat pertama tadi, leh selit2 kot celah batu2 je.
Masa tu adik bujang ajak Ezzm mai air, Ezmm taknak. Kalu ada ayah dia , dia memang suka berkepit je. Pastu adik bujang ajak anak buah perempuan 9 tahun, Sya namanya. Pegang tangan sambil undur sambil gelak2, adik bongsu tu memang suka menyakat, happy, suka main dengan budak2.
Undur punya undur dia tenggelam, sebab tetiba sungai dalam, menjunam. Sya   terus tenggelam timbul tapi tak ada orang perasan.
Adik bongsu saya tak dapat nak menolong sebab dia sendiri lemas bila dia cuba tarik tangan Sya .
Adik perempuan perasan Sya tengah lemas terus jerit suruh yang lain tolong.
Terus anak buah lelaki yang gedempol terjun dan menolak adik dia, tapi dia pun turut tenggelam timbul. Lama jugak dorang dok tenggelam timbul  , nampak macam main2 je. Masa tu adik yang bapak orang tu yang tengah ralit membogelkan anak dia terus terjun selamatkan dua2 anak buah yg tengah lemas tu.
Ngeri sungguh. Kalau dia takde, tak tau apa jadi kat 2 orang tu, tapi masih ada harapan sebab mak saya pandai berenang.. terer tak terer dia, yang muda2 ni boleh tolong tengok je sebab tak reti berenang.

Isnin, 5 September 2011

Hari Raya 2011

Raya kali ni agak meriah kerana kebanyakan aktiviti saya berpeluang ikut serta tanpa ada tekanan.

Semua adik beradik berkumpul dan banyak aktiviti diadakan
-melawat ayah -dah beberapa tahun tak jenguk, terkejut dia tengok anak saya dah 3 orang, tu pasal la lama tak jenguk sebab bz dengan anak.
Bawa anak ke air terjun yang hanya sejengkal dari rumah-saya orang ulu- walau saya tak mandi pun . Hanya pernah mandi sekali saja seumur hidup, kat ai tejun. Dah bertahun2 keluarga saya pindah ke daerah yang banyak air terjun tu,  tu first time saya ke air terjun.

Malam terakhir berada di kampung, bakar ayam di halaman sambil si muda dan si tua main mercun beratus2 biji (sori orang sebelah) . Tiap tahun macam ni cuma saya saja tak ada kat kampung. Takdan snap, tak tau akan dapat pemandangan macam tu lagi ke tahun depan : dengan kebun cili ..berbuah lebattt sangat, kebun terung yang subur dan sarat berbuah , pelita keliling rumah, anak2 sedara dan adik duk main mercun , sambil dorang dok jaga ayam bakar.

Ni mungkin biasa bagi orang lain, tapi bagi saya ni kali pertama dapat sambut raya dengan tenang dan hampir sempurna. (Yang tak sempurna adalah baju anak2 yang dibeli last minute sebab ezzm asyik demam menjelang raya, terbantut segala aktiviti, patut beli awal, kena pospone, patut balik kampung awal, pun kena postpone. Kalau tak, tahun ni jadi sejarah berada paling lama di kampung lengkap satu family)





fanatik angry bird, tidur pun nak sapu dua2 angry bird




mana wa atik../mana suar adik..
(saba je la mak kamu ni.., shopping baju raya last minute,
jahit kaki seluar pun last minute jugak)



tunggu ibu beli kasut di saat terakhir nak raya

Sabtu, 3 September 2011

untuk auntie ijan n family

macih auntie ijan, uncle faiz n mikael untuk ucapan.
kita tetap happy sambut raya walau ibu tak duli nak sambut bday kita (sedih tau sebenonya,,sob,sob)
-sabar ye sayang,esok2 adala kek tu, tapi tak spesel macam mikael sebab ibu tak pandai buat kek-